Altantuya bersama Sirul Azhar, kata Azilah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tertuduh pertama kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Cif Insp Azilah Hadri hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa wanita Mongolia itu ada bersama Koperal Sirul Azhar Umar pada hari kejadian pembunuhan.

Azilah berkata kali terakhir dia melihat Altantuya adalah ketika wanita Mongolia itu menaiki kenderaan pacuan empat roda milik Sirul Azhar dan mereka bersamasama beredar dari Bukit Aman.

Katanya ketika kejadian itu beliau bersamasama dengan teman wanitanya Lans Koperal Rohaniza Roslan di bahagian tempat letak kereta setelah berjaya memujuk Altantuya supaya tidak terus mengganggu Abdul Razak Abdullah Baginda dan pulang sahaja ke hotel.

Azilah, 32, turut memberitahu bahawa Altantuya bersetuju menaiki kenderaan Sirul Azhar setelah menerangkan keadaannya yang tidak dapat ke Hotel Malaya kerana Rohaniza perlu ke Petaling Jaya.

Ketika memberi keterangan Azilah hanya menyebut perkataan "perempuan Cina" tetapi pada perbicaraan lepas Rohaniza telah mengesahkan bahawa perempuan Cina yang bersamanya dan Azilah pada malam kejadian itu adalah Altantuya.

Pada peringkat awal keterangan, Azilah memberitahu beliau dan Rohaniza telah membawa Altantuya ke Bukit Aman dengan menaiki kereta dan mengekori kenderaan Sirul Azhar dari belakang setelah bertemu dengan Altantuya di rumah Abdul Razak.

Katanya ketika di rumah Abdul Razak, Altantuya menaiki keretanya tanpa diarah dan ketika ditanya peguam Datuk Hazman Ahmad mengapa dia membawa juga perempuan itu, Azilah berkata: "Kerana Razak Baginda (Abdul Razak) awalawal lagi telah meminta saya menasihatkan perempuan Cina itu dan bawa dia balik ke hotel kerana dia akan membuat kecoh di depan rumahnya."

Perbicaraan ini melibatkan Azilah dan Sirul Azhar, kedua-duanya anggota UTK, yang diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di sini antara 10 malam 19 Okt 2006 dan 1 pagi keesokan harinya.

Abdul Razak, 48, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu oleh mahkamah yang sama pada 31 Okt tahun lepas tanpa dipanggil membela diri.

Sebelum itu, Azilah memberitahu bahawa pada malam kejadian pembunuhan Altantuya, dia sebenarnya berada bersama dengan Rohaniza dan tunangnya Nur Azila Baharuddin pada waktu dan tempat yang berbeza.

Azilah berkata pada awalnya beliau berjumpa dengan Rohaniza untuk berbuka puasa dan selepas itu mereka bersamasama ke pejabat UTK untuk berkemas barangbarang setelah tugasannya di Hong Kong dibatalkan.

Katanya pada malam itu juga mereka berdua pergi ke rumah Abdul Razak setelah penganalisis politik itu menghubunginya untuk meminta bantuan ekoran tindakan seorang perempuan Cina yang membuat kecoh di hadapan rumah Abdul Razak.

"Sewaktu di pejabat saya beritahu Rohaniza supaya tunggu di pejabat kerana saya pergi tidak lama tetapi Rohaniza kata dia hendak ikut. Pada ketika itu saya fikir lebih baik Rohaniza ikut kerana saya pun hendak jumpa seorang perempuan," katanya.

Selepas Rohaniza beredar ke Petaling Jaya, Azilah berkata dia berjumpa pula dengan Nor Azila lebih kurang pukul 10.30 malam untuk berbincang mengenai perkahwinan mereka dan kemudiannya makan bersama di Wangsa Maju.

Dalam tempoh 45 minit kemudian (pukul 12.30 malam), katanya Nor Azila menghantarnya ke Bukit Aman dan berjumpa sekali lagi dengan Rohaniza yang pulang dari Petaling Jaya dan sedang menunggunya di pejabat UTK. "Rohaniza kemudiannya meminta saya memandu keretanya ke Putrajaya dan sampai ke Putrajaya saya terus ke rumah transit UTK di Presint 8. Sampai di situ saya nampak anggota Che Kamaruzzaman sedang berbaring di ruang tamu," katanya.

Azilah berkata dia ke Putrajaya bagi mengantikan ASP Azani Omar untuk tugasan mengiringi Timbalan Perdana Menteri pada keesokkan harinya (20 Okt 2006). Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin bersambung esok.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan