Pilihan raya kampus: Tiga nanti keputusan hari ini

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kehangatan pilihan raya kampus bagi pengggal pengajian 2008/2009 diteruskan lagi dengan tiga buah lagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengadakan pilihan raya masing-masing hari ini.

IPTA berkenaan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagi USM, keputusan awal sudah mengetahui sembilan pusat pengajian diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Pusat pengajian berkenaan ialah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan dan Pusat Pengajian Pengurusan yang masing-masing menawarkan dua kerusi.

Manakala selebihnya ialah Pusat Pengajian Sains Fizik, Sains Kimia, Sains Farmasi, Perumahan, Bangunan & Perancangan, Seni serta Pusat Pengajian Sains Matematik yang hanya mempertaruhkan satu kerusi.

Mantan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Muhammad Syukri Ibrahim berkata keputusan itu disebabkan tiada pencabar lain yang menawarkan diri bertanding merebut kerusi yang ditawarkan.

"Pemilihan kali ini hanya melibatkan lima pusat pengajian," katanya kepada mStar Online.

Lima pusat pengajian itu ialah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Teknologi Industri, Sains Kajihayat, Sains Komputer dan Pusat Pengajian Komunikasi.

Proses pengundian yang bermula seawal pukul 8 pagi tadi melibatkan kira-kira 22,000 pelajar di kesemua tiga kampus iaitu kampus induk di Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan, Seri Ampangan dan Kampus Kesihatan, Kubang Kerian.

Proses pengundian akan tamat pada pukul 5 petang dan proses pengiraan undi akan diadakan 30 minit selepas itu.

Menurut Syukri, sembilan peti undi dibuka dengan lapan daripadanya ditempatkan di setiap desasiswa manakala satu lagi peti undi diletakkan di ruang legar pusat aktiviti pelajar.

Sementara itu menurut sumber, proses pengundian di kampus induk UiTM Shah Alam yang bermula pukul 9 pagi tadi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata penempatan peti undi di setiap fakulti memudahkan pelajar untuk keluar mengundi tanpa perlu diberikan pengecualian waktu kuliah.

Satu lagi IPTA yang turut mengadakan pemilihan kepimpinan baru hari ini ialah UKM.

Pada pemilihan kali ini, sebanyak 34 kerusi dipertandingkan iaitu 11 kerusi bagi kawasan umum dan 23 kerusi bagi kawasan fakulti.

Kerusi berkenaan ialah tiga bagi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) manakala dua bagi Fakulti Perubatan (FPER), Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Pendidikan (FPEND), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB).

Satu kerusi bagi Fakulti Undang-Undang (FUU), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), Fakulti Pergigian (FPERG) dan Fakulti Farmasi (FF).

Proses pengundian di UiTM dan UKM juga akan tamat pada pukul 5 prtang.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan