Peruntukan tambahan RM200 juta terus kepada Lembaga Pengelola Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Peruntukan tambahan RM200 juta kepada sekolah bantuan kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2009 akan diberikan terus kepada Lembaga Pengelola Sekolah berbanding amalan sebelum kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, langkah itu akan memberi lebih nilai kepada wang memandangkan Lembaga Pengelola Sekolah boleh memilih sendiri kontraktor terbaik yang dimahukan bagi melaksanakan projek pembinaan atau panambahbaikan di sekolah-sekolah tanpa melalui JKR.

"Mungkin prosedur (melalui JKR) dari segi tender dan pembahagian kepada kontraktor mendapatkan keuntungan yang berlebihan dan sebagainya...tentang penyeliaan. Tapi di sini Lembaga Pengelola boleh memilih kontraktor terbaik.

"Biasanya kontraktor tidak menganggap projek ini di sekolah-sekolah ini untuk mencari keuntungan. Sebab itu ia akan memberi lebih nilai kepada wang," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Cek Bantuan Kewangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2009.

Pada majlis itu, kira-kira RM26 juta daripada RM50 juta yang diperuntukkan kepada SJKC diagihkan bagi peringkat pertama selebihnya akan diberikan dalam masa terdekat.

Turut hadir adalah Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Najib berkata, peruntukan tambahan RM200 juta yang diumumkan semasa pengggulungan Bajet 2009 yang lalu diagihkan sama rata kepada empat sekolah bantuan kerajaan termasuk SJKC, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), sekolah mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Katanya, peruntukan RM50 juta telah pun diagihkan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan manakala, peruntukan kepada sekolah mubaligh dan SJKT akan diberikan dalam masa terdekat.

"Mereka perlu menggunakan kesemua peruntukan itu dalam tahun ini dan perlu menyediakan laporan mengenainya," katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Najib berkata, isu pendidikan di negara ini tidak patut dipolitik dan dipolemikkan kerana pendidikan amat penting untuk masa depan anak bangsa.

"Kalau pendidikan tidak dipolemik dan dipolitikkan, ia tidak akan jadi sesuatu yang membawa ketegangan dalam masyarakat.

"Kenapa pendidikan menjadi subjek kontroversi? Tidak sepatutnya. Kita telah selesaikan masalah pada asasnya.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan kebebasan, apa jenis sekolah yang hendak dituntut dan selagi BN memerintah, selagi itu kita akan beri kebebasan ini," katanya.

Katanya, walaupun sistem pendidikan negara yang mempunyai pelbagai aliran dilihat kompleks namun ia mempunyai asas demokrasi untuk semua kaum.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan