Jentera BN diingat jangan terjebak dengan perang saraf

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak menjadi mangsa kepada perang saraf yang dimainkan oleh pembangkang semasa tempoh berkempen untuk pilihan raya kecil Parlimen Terengganu kini tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata petugas-petugas parti tidak seharusnya mengambil mudah dalam setiap tugas yang dilaksanakan dan mereka perlu sentiasa berusaha memastikan setiap pengundi sudah ditemui, dan setiap maklum balas sudah diterima.

"Ia adalah apa yang dikatakan sebagai perang saraf dalam fasa ini, di mana semua orang memberikan gambaran mengenai kecenderungan pengundi, dan pada masa yang sama pembangkang akan mengeksploitasi keadaan," katanya selepas melawat bilik operasi MIC di sini hari ini.

Muhyiddin berkata petugas-petugas parti perlu menangani setiap isu yang dibangkitkan oleh pengundi dan menjawab semua pertanyaan mereka.

"Mereka perlu diyakinkan bahawa BN masih parti yang lebih baik," katanya dan menambah bahawa sehingga kini beliau berpuas hati dengan maklum balas yang diterima dari masyarakat India.

Hari mengundi bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu ialah pada Sabtu ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan