Dua letupan bom berhampiran CIQ di Golok

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] SUNGAI GOLOK: Letupan terbaru yang memusnahkan tiga daripada enam pos pemeriksaan baru di Pusat Pemeriksaan dan Kuarantin (CIQ) Imigresen di sini dipercayai dilakukan puak pemisah.

Sumber risikan polis di sini berkata letupan itu sebenarnya adalah untuk menakutkan pihak berkuasa negara jiran dan bukan bertujuan untuk mencederakan orang awam.

"Bom yang kami temui adalah bom buatan sendiri yang menggunakan belerang dan diletakkan dalam batang paip.

"Siasatan kami juga mengandaikan perbuatan itu dilakukan pihak pemisah," katanya yang ditemui di sini tetapi enggan mengulas lanjut.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia), tiga pos baru itu musnah apabila dua butir bom meletup dan jambatan itu ditutup selama dua jam untuk pemeriksaan ketat.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam letupan itu.

Seorang rakyat Malaysia yang hanya dikenali sebagai Ahmad, 47, ketika ditemui membatalkan hasratnya untuk bermalam di bandar ini.

"Saya datang nak beli barang sebenarnya tetapi membatalkan hasrat kerana khuatir dengan ancaman bom ini," katanya yang berasal dari Perak.

Tinjauan juga mendapati kedua-dua laluan itu tetap lancar sejak dibuka pada pukul 9.30 pagi tetapi dengan kawalan ketat pihak keselamatan negara jiran itu.

Beberapa kenderaan juga dilihat turut diperiksa dengan rapi bagi mengelakkan berlakunya kejadian seumpama itu.

Wakil media dinasihatkan pihak berkuasa supaya berhati-hati dengan situasi terbaru di bandar hiburan terkenal ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan