P.Pinang pohon RM500 juta daripada kerajaan pusat

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG:Kerajaan Pulau Pinang telah memohon peruntukan sebanyak RM500 juta daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan pelbagai program termasuk melatih semula pekerja dan membantu membuka peluang perniagaan kepada penduduk negeri ini bagi tempoh dua tahun.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan persetujuan untuk menyalurkan bantuan kepada kerajaan negeri, bagaimanapun Menteri Kewangan itu tidak menyebut jumlah yang akan diberikan.

"Saya telah berjumpa dengan Datuk Seri Najib dan beliau sedia beri wang tetapi beliau tidak menyebut jumlahnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lim berkata permohonan itu sebagai persediaan kerajaan negeri menghadapi pelbagai masalah yang mungkin akan dihadapi oleh pekerja di negeri ini dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada masa ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bertindak mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Pekerjaan dan Latihan Semula Pekerja bagi menangani impak negatif terhadap pekerja berikutan keadaan ekonomi dunia yang lembap itu.

"Dalam bajet kerajaan negeri yang diumumkan tahun lepas, kita memperuntukkan RM10 juta untuk tujuan melaksanakan pelbagai program yang berkaitan membantu pekerja," katanya.

Lim berkata kerajaan negeri juga telah mewujudkan Pesuruhjaya Kerja bertujuan memantau masalah berhubung pekerja terutamanya dalam aspek pengambilan pekerja di Pulau Pinang.

"Pesuruhjaya Kerja ini akan berhubung rapat dengan pihak industri. Kita mahu koordinasi yang lebih rapat dengan pihak industri bagi membantu pengambilan pekerja," katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Guan Eng berkata kerajaan Pulau Pinang tidak akan memberi peruntukan kepada manamana pertubuhan di negeri ini untuk menjalankan aktiviti termasuk menganjurkan perayaan tertentu jika penganjuran aktiviti itu tidak mendatangkan faedah atau menjana pendapatan kepada negeri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak dapat memberi peruntukan untuk menganjurkan aktiviti yang tidak menjana pendapatan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada masa ini.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat bagi peruntukan untuk anjur Rumah Terbuka Tahun Baru Cina," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri yang tidak memberi peruntukan kepada Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang bagi membiayai Majlis Jamuan Tahun Baru Cina yang akan diadakan pada 27 Jan ini.

Dalam suratnya bertarikh 22 Dis lepas, dewan itu memohon kerajaan negeri membiayai majlis jamuan yang akan dianjurkannya itu.

Lim berkata kerajaan negeri akan menimbang permohonan pembiayaan bagi aktiviti yang bersifat sosial dan menjana pendapatan kepada kerajaan negeri.

Katanya beliau terpaksa membuat keputusan itu walaupun tindakannya itu akan membuatkan pertubuhan Cina yang berada di bawah Dewan Perhimpunan Cina itu tidak gembira.

"Saya kena buat tindakan ini walaupun ia menjadikan saya "tidak popular"," katanya.

Lim berkata Dewan Perhimpunan China itu mendakwa mendapat bantuan setiap tahun daripada kerajaan negeri sebelum ini untuk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.

"Kerajaan negeri sekarang ada pendirian baru dan pendirian ini sama kepada semua kaum di negeri ini," katanya. BERNAMA

BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan