TEKS PENUH UCAPAN PERDANA MENTERI PADA SIDANG KHAS PARLIMEN

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

USUL OLEH Y.A.B. PERDANA MENTERI MENGIKUT PERATURAN MESYUARAT 27(3)

"MENGECAM SERANGAN REJIM ZIONIS ISRAEL KE ATAS WILAYAH GAZA"

TUAN YANG DI PERTUA,

1. TERIMA KASIH. SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA AHLI YANG BERHORMAT YANG HADIR WALAUPUN NOTIS YANG DIKELUARKAN MENGENAI SIDANG HARI INI ADALAH SECARA TERGEMPAR. SAYA BERTERIMA-KASIH ATAS KEPRIHATINAN AHLI-AHLI PARLIMEN MALAYSIA, TIDAK MENGIRA AGAMA, BANGSA ATAU HALUAN POLITIK, YANG BERSEDIA MEMBAHASKAN BERSAMA SATU ISU YANG SANGAT RAPAT DI HATI RAKYAT MALAYSIA, IAITU PENDERITAAN SEMASA YANG DIALAMI RAKYAT PALESTINE DAN MASA DEPAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN BAGI NEGARA PALESTINE. SEMUANYA TELAH MENJADI TERANCAM AKIBAT SERANGAN BERTERUSAN KE ATAS WILAYAH PALESTINE OLEH REJIM ZIONIS DI ISRAEL.

2. SESUNGGUHNYA, TINDAK TANDUK TENTERA ISRAEL, KHUSUSNYA PENGEBOMAN, PEMBEDILAN DAN PEMUSNAHAN HARTA BENDA, TANPA SEBARANG TIMBANG RASA, YANG SEDANG DILAKUKAN OLEH MEREKA DI WILAYAH GAZA PERLU DIKECAM DAN DIKUTUK OLEH SELURUH DUNIA.

3. PERKARA INI MELIBATKAN ISU PENCABULAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA, PENCEROBOHAN DAN KEZALIMAN KE ATAS MANUSIA YANG DILAKUKAN OLEH MANUSIA JUGA.

4. DEMI MEMPERTAHANKAN KREDIBILITI NEGARA, KITA HARUS BERSEPAKAT MENJELASKAN KEPADA SELURUH DUNIA AKAN PENDIRIAN MALAYSIA TERHADAP TINDAKAN YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN OLEH REJIM ZIONIS KE ATAS RAKYAT PALESTINE, KHUSUSNYA MEREKA YANG BERADA DI WILAYAH GAZA.

TUAN YANG DI PERTUA, MAKA DENGAN INI SAYA MENCADANGKAN:

Ø BAHAWA MENGIKUT PERUNTUKAN PERATURAN MESYUARAT 27(3) DEWAN INI MENGAMBIL KETETAPAN-KETETAPAN BERIKUT:-

Ø BAHAWA, ISRAEL TELAH MELANCARKAN SERANGAN KETENTERAAN YANG DINAMAKAN OPERASI ‘CAST LEAD’ PADA 27 DISEMBER 2008 KE ATAS WILAYAH PALESTIN DI GAZA MELIPUTI PENGEBOMAN DARI UDARA DAN DIIKUTI DENGAN SERANGAN OLEH PASUKAN TENTERA DARAT BERMULA PADA 3 JANUARI 2009;

Ø BAHAWA, SERANGAN ISRAEL KE ATAS WILAYAH PALESTIN DI GAZA MERUPAKAN TINDAKAN YANG MENCABULI UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA, UNDANG-UNDANG HAK ASASI MANUSIA, UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA, PIAGAM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU SERTA MERUPAKAN JENAYAH PERANG YANG MENYALAHI KONVENSYEN KEEMPAT GENEVA 1949 PERLINDUNGAN ORANG-ORANG AWAM DALAM MASA PERANG;

Ø BAHAWA, RAKYAT MALAYSIA BERPEGANG TEGUH KEPADA PENDIRIAN BAHAWA TIADA ALASAN KUKUH BAGI PENGGUNAAN KEKERASAN YANG DILAKUKAN SECARA TIDAK SEIMBANG, SEMBARANGAN DAN MELAMPAU KE ATAS WILAYAH PALESTIN DI GAZA DAN DENGAN ITU MENOLAK TINDAKAN HUKUMAN KOLEKTIF YANG DIAMBIL KE ATAS RAKYAT PALESTIN DI GAZA; DAN

Ø BAHAWA, RAKYAT MALAYSIA BERASA SANGAT DUKACITA DAN KESAL DENGAN KETIDAKMAMPUAN MASYARAKAT ANTARABANGSA, TERUTAMANYA, MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, UNTUK MENGHENTIKAN SERTA-MERTA KEGANASAN NEGARA ISRAEL YANG DILAKUKAN KE ATAS WILAYAH PALESTIN DI GAZA.

4. DENGAN INI DEWAN INI MENGAMBIL KETETAPAN SEPERTI BERIKUT:

(1) MENGECAM SEKERAS-KERASNYA SERANGAN KETENTERAAN ISRAEL KE ATAS WILAYAH PALESTIN DI GAZA SEHINGGA MENGAKIBATKAN KEHILANGAN NYAWA RAKYAT AWAM PALESTIN, TERMASUK GOLONGAN WANITA, KANAK-KANAK, TERMASUK BAYI DAN WARGA TUA, DAN MENGGESA PENGUNDURAN MENYELURUH ISRAEL DARI WILAYAH PALESTIN DI GAZA;

(2) MENGGESA MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MEMBUAT KETETAPAN SUPAYA ISRAEL MENGHENTIKAN SERTA-MERTA SERANGAN KETENTERAANNYA KE ATAS WILAYAH PALESTIN DI GAZA MELALUI GENCATAN SENJATA DAN MEMUTUSKAN UNTUK MENEMPATKAN PASUKAN PENGAMAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU BAGI MENGUATKUASAKAN GENCATAN SENJATA TERSEBUT;

(3) MENGGESA PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU SUPAYA MENGADAKAN SESI TERGEMPAR KHAS PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – “UNITING FOR PEACE” -DI BAWAH RESOLUSI 377A(V) SEKIRANYA PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU GAGAL MENGUATKUASAKAN KETETAPANNYA YANG DIPUTUSKAN PADA 8 JANUARI 2009.

(4) MENGGESA PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT SUPAYA MENYAMBUNG SEMULA USAHA TERHADAP PROSES DAMAI SERTA MELAKSANAKAN DAN MEMATUHI PELBAGAI RESOLUSI YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU BERHUBUNG ISU PALESTIN DAN KONFLIK ARAB-ISRAEL;

(5) MEMUTUSKAN MALAYSIA BEKERJASAMA DENGAN NEGARA ANGGOTA PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM, PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI, LIGA ARAB DAN NEGARA-NEGARA SEPENDAPAT UNTUK MENDUKUNG PRINSIP-PRINSIP UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DAN PIAGAM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DALAM MENANGANI KONFLIK YANG BERLAKU DI TIMUR TENGAH SEKARANG;

(6) MENZAHIRKAN SOKONGAN PADU RAKYAT MALAYSIA KEPADA PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN KE ARAH MEWUJUDKAN NEGARA PALESTIN YANG MERDEKA DAN BERDAULAT;

(7) MENYERU RAKYAT PALESTIN SUPAYA BERSATU-PADU DENGAN TUJUAN MEMPERTAHANKAN HAK MUTLAK DAN MENUBUHKAN NEGARA PALESTIN YANG MERDEKA DAN BERDAULAT;

(8) MERAYU KEPADA MASYARAKAT ANTARABANGSA SUPAYA MENGHULURKAN BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA PENDUDUK WILAYAH PALESTIN DI GAZA DENGAN SERTA MERTA;

(9) MENGGESA PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU UNTUK MENUBUHKAN DENGAN SERTA-MERTA SATU TRIBUNAL JENAYAH ANTARABANGSA UNTUK PALESTIN UNTUK MENYIASAT DAN MENDAKWA PENJENAYAH PERANG ISRAEL YANG DISYAKI TERLIBAT DENGAN KEKEJAMAN DAN KEGANASAN KE ATAS RAKYAT PALESTIN; DAN

(10) MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENYAMPAIKAN RESOLUSI INI KEPADA SEMUA DEWAN PERUNDANGAN DAN PARLIMEN YANG BERKENAAN, KHASNYA KONGRES AMERIKA SYARIKAT, PARLIMEN BRITAIN DAN PARLIMEN KESATUAN EROPAH.

5. TUAN YANG DI PERTUA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN YANG DI PERTUA KERANA MEMBENARKAN DEWAN YANG MULIA INI MEMBAHASKAN ISU SERANGAN ISRAEL KE ATAS WILAYAH GAZA PADA PETANG INI.

TUAN YANG DI PERTUA,

6. ISRAEL MELANCARKAN SERANGAN YANG DIBERI NAMA ‘CAST LEAD’, DENGAN IZIN, PADA 27 DISEMBER 2008. MENGGUNAKAN KELENGKAPAN PERANG YANG SERBA CANGGIH, TERMASUK JET PENGEBOM F-16, TENTERA UDARA ISRAEL TELAH MEMBUNUH LEBIH 200 ORANG RAKYAT PALESTINE PADA HARI PERTAMA ITU SAHAJA.

7. LAPAN HARI KEMUDIAN, PADA TANGGAL 3 JANUARI 2009, SERANGAN KE ATAS GAZA TELAH DIPERHEBAT OLEH ISRAEL DENGAN MENGGUNA TENTERA DARAT, TERMASUK SERANGAN DAN BEDILAN OLEH BERATUS KERETA-KEBAL BESAR.

8. PADA HARI INI, SEKURANG-KURANGNYA 800 ORANG TELAH MATI DI GAZA. LEBIH 3000 ORANG CEDERA. HAMPIR 15,000 ORANG TELAH MENJADI PELARIAN DALAM NEGERI KERANA HENDAK LARI DARI KAWASAN PERTEMPURAN.

9. PERSATUAN PALANG MERAH ANTARABANGSA (ICRC), DALAM SATU LAPORANNYA PADA TARIKH 5 JANUARI 2008 MENYATAKAN BAHAWA KEADAAN KEHIDUPAN MANUSIA DI GAZA SANGAT MEMBIMBANGKAN KERANA MAKANAN, BAHAN BAKAR, UBATAN DAN KEPERLUAN-KEPERLUAN ASAS YANG LAIN TERLALU KURANG BAGI PENDUDUK SETEMPAT.

10. PADA 8 JANUARI 2009, ATAS PERMINTAAN DARI MALAYSIA DAN BRAZIL, PRESIDEN PERHIMPUNAN AGONG PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ATAU UNGA, DEGAN IZIN, TELAH MENGUMUMKAN BAHAWA BELIAU AKAN MENGADAKAN SIDANG TERGEMPAR UNGA UNTUK BERSIDANG DAN MENGAMBIL SESUATU KEPUTUSAN YANG SESUAI, KHUSUSNYA UNTUK MENDESAK MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA-BANGSA BERSATU, ATAU SECURITY COUNCIL, DENGAN IZIN, SUPAYA BERTINDAK UNTUK MENGISYTIHARKAN GENCATAN SENJATA TANPA SYARAT DAN MEMAKSA PIHAK ISRAEL BERUNDUR DARI BUMI GAZA.

11. SEOLAH-OLAH BERTUJUAN MENGHALANG BERLAKUNYA PERHIMPUNAN AGONG PBB - HASIL PERMINTAAN DARI MALAYSIA DAN BRAZIL ITU - MAJLIS KESELAMATAN JAYA BERSIDANG DAN MELULUSKAN SATU KETETAPAN ATAU RESOLUSI PADA 9 JANUARI 2009. HARAP AHLI YANG BERHORMAT SEKALIAN AMBIL PERHATIAN BAHAWA MAJLIS KESELAMATAN HANYA BERTINDAK SETELAH MEREKA MEMBIARKAN SERANGAN ISRAEL BERLAKU SELAMA DUA MINGGU TANPA SEBARANG KEREDAAN. DAN KITA SEMUA TAHU MENGAPA MAJLIS KESELAMATAN TIADA MAYA UNTUK BERTINDAK. ISRAEL TIDAK MAHU MAJLIS KESELAMATAN BERTINDAK. DAN DIA ADA PENYOKONG KUAT DALAM MAJLIS KESELAMATAN YANG MENGHALANG MAJLIS KESELAMATAN MENGAMBIL TINDAKAN.

SEBENARNYA, MENGENAI ISU PALESTINE, AMERIKA SYARIKAT TELAH MENGGUNAKAN KUASA VETONYA SEBANYAK 28 KALI DALAM TEMPOH 36 TAHUN SEJAK 1973, IAITU MENYEKAT MAJLIS KESELAMATAN SUPAYA TIDAK DAPAT BERTINDAK.

12. MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENYERU BAKAL PRESIDEN BARACK OBAMA MELAKUKAN SESUATU YANG BENAR-BENAR MEMBAWA PEMBAHARUAN. AMERIKA SYARIKAT MENGAKU NEGARA DEMOKRASI YANG TERULUNG DI DUNIA. MENGAPA IA MENOLAK KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM DI PALESTINE DALAM TAHUN 2006 YANG TELAH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA PARTI HAMAS. AMERIKA SYARIKAT MENGAKU DIRINYA JAGUH MEMPERTAHANKAN HAK ASASI MANUSIA. MENGAPA IA MEMBIARKAN ISRAEL MEMBUNUH KANAK-KANAK, ORANG TUA DAN WANITA BIASA SERTA ORANG-ORANG AWAM LAIN, SEMUANYA TIDAK BERDOSA.

13. BENAR, PADA 9 JANUARI 2009, MAJLIS KESELAMATAN TELAH MELULUSKAN RESOLUSI NO.1860 (2009) YANG MENGISYTIHARKAN GENCATAN SENJATA DI GAZA, MENDESAK SUPAYA SEMUA PIHAK MEMATUHI GENCATAN SEJATA, DAN TENTERA ISRAEL DIARAH UNDUR KELUAR DARIPADA WILAYAH PALESTINE. TETAPI RESOLUSI INI SENYAP SAHAJA TENTANG KEPUNGAN ATAU “BLOCKADE” YANG DIKENAKAN OLEH PIHAK ISRAEL KE ATAS PALESTINE.

14. TETAPI, ADA DUA PERKARA YANG SANGAT TIDAK MEMUASKAN BERSABIT RESOLUSI INI. PERTAMA, SEMUA 14 NEGARA ANGGOTA MAJLIS KESELAMATAN TELAH MENGUNDI MENYOKONG RESOLUSI TERSEBUT MELAINKAN AMERIKA SYARIKAT YANG TELAH MENGAMBIL KEPUTUSAN MENGUNDI BERKECUALI. KEDUA, RESOLUSI ITU TIDAK MENGANDUNGI SEBARAN PERUNTUKAN UNTUK MENGADAKAN SATU PASUKAN ANTARABANGSA, SAMA ADA SATU KUMPULAN PENGAWASAN ATAU SATU PASUKAN TENTERA “PEACE-KEEPING”, DENGAN IZIN, UNTUK MENYELIA GENCATAN SENJATA DAN MENENTUKAN SEGALA ARAHAN DIPATUHI. OLEH KERANA TIADANYA KUMPULAN ATAU PASUKAN ANTARABANGSA, MAKA TIADA SIAPA UNTUK MENENTUKAN SUPAYA TENTERA ISRAEL BERUNDUR KELUAR DARI WILAYAH GAZA. TIADA SIAPA UNTUK MENENTUKAN BAHAWA GENCATAN SENJATA BENAR-BENAR BERLAKU. INILAH KELEMAHAN RESOLUSI NO. 9567 ITU.

15. AKIBATNYA, PADA KETIKA INI - IAITU SUDAH EMPAT HARI SEJAK GENCATAN SENJATA DI ISYTIHARKAN - IAITU PADA MASA DEWAN YANG MULIA INI SEDANG BERSIDANG, SERANGAN HEBAT ISRAEL KE ATAS GAZA MASIH BERLAKU DAN BERTERUSAN. ORANG-ORANG DI GAZA TERUS MATI DAN CEDERA. BILANGAN YANG MATI BERTAMBAH HARI DEMI HARI. BILANGAN YANG CEDERA DAN KEHILANGAN RUMAH-TANGGA SERTA HARTA-BENDA BERTAMBAH HARI DEMI HARI. BEKALAN MAKANAN, BAHAN BAKAR, UBATAN DAN KEPERLUAN-KEPERLUAN ASAS TERUS BERKURANGAN HARI DEMI HARI. BEKALAN BANTUAN DARI DUNIA LUAR TIDAK DAPAT SAMPAI KEPADA MANGSA-MANGSA PEPERANGAN YANG MEMERLUKANNYA KERANA JALAN-JALAN DITUTUP DAN TIDAK SELAMAT BAGI PEMBANTU-PEMBANTU UNTUK BERGERAK BEBAS. BARANG BANTUAN JUGA TIDAK DAPAT SAMPAI MENERUSI PANTAI GAZA KERANA LAUTAN SEKELILING GAZA DI KEPUNG ATAU, DENGAN IZIN, DI “BLOCKADE” OLEH ISRAEL

16. SERANGAN KE ATAS WILAYAH GAZA KALI INI ADALAH YANG TERBURUK PERNAH DILAKUKAN OLEH REJIM ZIONIS TERHADAP PALESTINE SEJAK PENAKLUKAN WILAYAH ITU DALAM TAHUN 1967. KANAK-KANAK PALESTIN ADA YANG MATI TERBUNUH KENA TEMBAK, DENGAN IZIN, “SNIPER FIRE”. PENGEBOMAN DAN BEDILAN KERETA KEBAL ISRAEL SECARA RAMBANG TELAH KENA 3 BUAH SEKOLAH YANG DITADBIR OLEH UNITED NATIONS RELIEF AND WORKS AGENCY DAN SERANGAN INI MENGORBANKAN BERPULUH ANAK SEKOLAH. KEKEJAMAN TENTERA ISRAEL TERHADAP ORANG PALESTINE TIADA TOLOK BANDINGNYA.

17. MALAYSIA BERASA AMAT SEDIH DAN KESAL DENGAN SITUASI YANG BERLAKU DI GAZA AKIBAT SERANGAN DAN TINDAKAN KEJAM TENTERA ISRAEL. BERATUS ORANG RAKYAT PALESTIN YANG TIDAK BERDOSA TELAH MENJADI MANGSA. SERANGAN INI TELAH MELUMPUHKAN SEBUAH WILAYAH KECIL YANG TIDAK BERUPAYA MEMPERTAHANKAN DIRINYA DARI SERANGAN KEJAM YANG BERTUBI-TUBI. SEKATAN ATAU DENGAN IZIN, “BLOCKADE”, YANG DILAKUKAN OLEH TENTERA LAUT ISRAEL MENYEKAT BANTUAN TIBA MELALUI LAUT WILAYAH GAZA. MALAYSIA HAMPA DENGAN KEGAGALAN MASYARAKAT ANTARABANGSA UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN MENGHENTIKAN SERANGAN INI, TERUTAMA KEGAGALAN MAJLIS KESELAMATAN PBB.

TUAN YANG DI PERTUA,

18. SEPERTI YANG SERING DIBANGKITKAN OLEH AHLI-AHLI PARLIMEN MALAYSIA DI DEWAN YANG MULIA INI, ISRAEL TELAH SERING KALI DAN SECARA BERTERUSAN BERSIKAP ANGKUH MELAKUKAN TINDAKAN-TINDAKAN YANG AGRESIF DAN KEJAM KE ATAS RAKYAT PALESTIN SEJAK SEKIAN LAMA. PELBAGAI RESOLUSI TELAH DI LULUS OLEH MAJLIS KESELAMATAN TETAPI TIDAK DIHIRAUKAN OLEH ISRAEL. NAMUN, ISRAEL LEBIH MEMILIH UNTUK TIDAK MENGENDAHKAN DAN MEMBELAKANGI UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA. SEBALIKNYA, ISRAEL MENGAMBIL LANGKAH YANG LEBIH BIADAB DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN TERHADAP RAKYAT PALESTIN.

19. MALAYSIA PERNAH MENARUH HARAPAN AKAN USAHA PIHAK AMERIKA SYARIKAT UNTUK MEMBUKA JALAN PENYELESAIAN MELALUI PROSES DAMAI ANNAPOLIS YANG DIADAKAN PADA 27 NOVEMBER 2007. SEMASA PERSIDANGAN ANNAPOLIS TERSEBUT, PERSETUJUAN TELAH DICAPAI OLEH KEDUA-DUA PIHAK, PALESTIN DAN ISRAEL, BAGI MENGADAKAN RUNDINGAN BERTERUSAN AGAR DAPAT MEWUJUDKAN NEGARA PALESTIN YANG BEBAS DAN BERDAULAT PADA AKHIR TAHUN 2008. PERSETUJUAN SEMASA PERSIDANGAN TERSEBUT DISAKSIKAN OLEH MASYARAKAT ANTARABANGSA, TERMASUK OLEH MALAYSIA YANG TURUT DIJEMPUT MENYERTAI. KITA MERASA AMAT KECEWA APABILA PROSES DAMAI ANNAPOLIS MENEMUI JALAN BUNTU.

20. MASYARAKAT ANTARABANGSA MERATA-RATA MENGUTUK TINDAKAN REJIM ISRAEL MENYERANG GAZA. DEMONSTRASI DAN PROTES BAGI MENGECAM TINDAKAN ISRAEL ITU DIADAKAN DI BEBERAPA NEGARA. MALANGNYA, ADA JUGA PIHAK YANG BERSIKAP SERONG DAN MELETAKKAN TANGGUNGJAWAB BULAT-BULAT KE ATAS PEJUANG-PEJUANG HAMAS DI GAZA YANG MELANCAR ROKET-ROKET KE ARAH ISRAEL. TETAPI, AHLI YANG BERHORMAT SEKALIAN HARUSLAH SEDAR BAHAWA INI ADALAH TINDAKAN ORANG-ORANG YANG TERKEPUNG,TIDAK BOLEH BEBAS DAN MERENTAS SEMPADAN WILAYAH MEREKA SENDIRI.

21. PADA 27 DISEMBER 2008, PROFESOR RICHARD FALK, PELAPOR KHAS HAK PBB MENGENAI ASASI MANUSIA DI WILAYAH YANG DIDUDUKI, TELAH MENYIFATKAN PENGEBOMAN ISRAEL KE ATAS GAZA SEBAGAI PENCABULAN BESAR TERHADAP PERUNDANGAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL HUMANITARIAN LAW) SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH KONVENSYEN GENEVA.

TUAN YANG DI PERTUA,

22. WALAU BAGAIMANA PUN, MALAYSIA TETAP TIDAK BERPUTUS ASA.

23. KERAJAAN, MELALUI KEMENTERIAN LUAR NEGERI, TELAH MENGARAHKAN WAKIL TETAP MALAYSIA KE PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI NEW YORK SUPAYA TERUS BERUSAHA DEMI KEAMANAN DAN KESELAMATAN BUMI PALESTINE. KHUSUSNYA, BELIAU TELAH DIARAH BEKERJASAMA DAN BERURUSAN RAPAT DENGAN WAKIL NEGARA-NEGARA ANGGOTA “ORGANIZATION OF THE ISLAMIC CONFERENCE’ DAN “NON ALIGNED MOVEMENT”. SEKIRANYA, GENCATAN SENJATA TERUS TIDAK BERKUAT-KUASA DAN KEADAAN BURUK DI GAZA TIDAK BERUBAH, MAKA NEGARA-NEGARA YANG SEPENDAPAT DENGAN MALAYSIA MESTILAH BERUSAHA SEMULA UNTUK MEMINTA PRESIDEN PERHIMPUNAN AGONG PBB MENGADAKAN SIDANG TERGEMPAR PERHIMPUNAN AGONG BERLANDASKAN RESOLUSI NO.377 A(V) TAHUN 1950 – “UNITING FOR PEACE”.

24. SAYA SENDIRI TELAH JUGA MENGUTUS KEPADA SETIAUSAHA AGUNG PBB, PRESIDEN PERHIMPUNAN AGUNG PBB, KETUA-KETUA KERAJAAN NEGARA-NEGARA ANGGOTA MAJLIS KESELAMATAN, NEGARA-NEGARA OIC, NEGARA-NEGARA NAM SERTA BEBERAPA TOKOH-TOKOH SEPERTI POPE BENDICT XVI, BARACK OBAMA DAN JIMMY CARTER, UNTUK MEMBANTU DALAM USAHA MENCARI KEDAMAIAN DI TIMUR TENGAH AMNYA, DAN DI GAZA KHASNYA.

25. KEMENTERIAN LUAR NEGERI JUGA TELAH SECARA RASMINYA MENGAKTIFKAN “AKAUN AMANAH KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN” BAGI MEMBOLEHKAN RAKYAT MALAYSIA MENYALURKAN BANTUAN KEPADA RAKYAT PALESTIN.

26. KERAJAAN TELAH MENYUMBANG US$1 JUTA KEPADA PENDUDUK GAZA MELALUI MERCY MALAYSIA.

27. MENGAMBIL KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENYERU KEPADA AHLI-AHLI DEWAN YANG MULIA INI UNTUK TURUT MEMBANTU USAHA MURNI INI DENGAN MENGGALAKKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA DARI SEMUA LAPISAN MASYARAKAT UNTUK MEMBANTU RAKYAT PALESTIN YANG KINI BERADA DALAM KEADAAN YANG AMAT DAIF AKIBAT SERANGAN TENTERA REJIM ZIONIS. SELAKU MASYARAKAT MALAYSIA YANG SENTIASA PRIHATIN DAN SIMPATI KEPADA KESENGSARAAN GOLONGAN YANG TERTINDAS, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHULURKAN SEDIKIT SUMBANGAN IKHLAS BAGI MEMBANTU RAKYAT PALESTIN DI GAZA.

TUAN YANG DI PERTUA,

28. BERSAMA-SAMALAH KITA MEMANJATKAN DOA KEPADA YANG MAHA ESA AGAR BENCANA KEMANUSIAAN INI DAPAT DIHENTIKAN SERTA-MERTA.

29. MALAYSIA AKAN TERUS MEMANTAU PERKEMBANGAN KRISIS DI WILAYAH PALESTIN DI GAZA.

TUAN SRI YANG DI PERTUA, SAYA MOHON MENCADANGKAN

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan