Majlis konvokesyen kacau-bilau, pengerusi senat diserang

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG petugas mengelap darah di hidung Pengerusi Senat Kolej New Era, Dr Yap Sin Tian (kanan) selepas cedera akibat diserang seorang lelaki ketika sedang memberi ucapan di majlis konvokesyen kolej tersebut, semalam --fotoSINCHEWDAILY
SEORANG petugas mengelap darah di hidung Pengerusi Senat Kolej New Era, Dr Yap Sin Tian (kanan) selepas cedera akibat diserang seorang lelaki ketika sedang memberi ucapan di majlis konvokesyen kolej tersebut, semalam --fotoSINCHEWDAILY

KAJANG: Majlis konvokesyen sebuah kolej, di sini, semalam yang sepatutnya ceria tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila pengerusi senat kolej tersebut diserang seorang lelaki ketika sedang memberi ucapan.

Lelaki tersebut tiba-tiba naik ke atas pentas dan memukul Pengerusi Senat Kolej New Era, Dr Yap Sin Tian di bahagian muka di hadapan 500 orang termasuk pelajar, ibu bapa dan tetamu.

Lelaki tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Dr Yap yang juga Presiden Dong Zong (Pertubuhan Lembaga Sekolah Cina Malaysia) kemudiannya segera dibawa ke kerusi akibat mengalami pendarahan dipercayai patah tulang pipi dan hidung.

Sebuah ambulans kemudiannya tiba dan membawa beliau ke Hospital Pakar Kajang.

Pengetua kolej, Mok Soon Choong kemudiannya mengambil alih podium dan meneruskan ucapannya dan meminta hadirin supaya bertenang.

Saksi yang ditemui berkata, penyerang tersebut memakai kemeja-T yang digunakan ahli-ahli untuk mengutip derma di kolej tersebut.Dia dipercayai bekas graduan kolej tersebut.

Pengarah Pusat Pendidikan Dong Jiao Zong yang duduk berdekatan dengan pentas cuba menangkap lelaki terbabit namun gagal.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu mempunyai kaitan dengan perselisihan yang sedang berlaku antara Dr Yap dan bekas pengetua kolej tersebut, Dr Kua Kia Soong.

Dr Yap sebelum ini menyokong Dong Zong apabila pertubuhan itu tidak menyambung kontrak Dr Kua yang tamat Disember lalu.

Pihak berkuasa kolej berkata, mereka akan menjalankan penyiasatan berhubung insiden itu.

Di Pulau Pinang, Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai melahirkan kekesalannya berhubung serangan itu.

"Adalah sesuatu yang menyedihkan insiden sedemikian berlaku di sebuah badan pendidikan. Sebarang masalah sepatutnya diselesaikan tanpa menggunakan kekerasan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan