Mukhriz syor gencatan kempen bela rakyat Palestin

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir (gambar) mencadangkan gencatan kempen politik 24 jam bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk membela rakyat Palestin.

Mukhriz yang merupakan Penyelaras Aman Malaysia berkata, pendekatan ini seperti 'gencatan bersenjata' yang bertujuan supaya parti-parti yang bertanding mengambil langkah bertenang daripada berkempen.

"Kita tidak perlu kempen selama 24 jam pada hari Khamis dan kita mengadakan aktiviti-aktiviti menyedarkan rakyat tentang kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin," kata beliau ketika ditemui pada majlis menemui pengundi di peti undi Kampung Nibong di sini, malam tadi.

Beliau yang ditugaskan untuk menyelia peti undi tersebut berkata, parti-parti yang bertanding akan membuat sedikit pengorbanan demi keamanan sejagat.

Ketika ditanya sama ada idea itu praktikal untuk dilaksanakan, beliau yang merupakan Exco Hubungan Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno berkata:" Ya, saya ingat (praktikal) kerana kita sudah dua minggu berada di sini dan berkempen."

Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata, beliau akan menyampaikan idea tersebut kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam waktu terdekat.

"Saya akan jumpa mereka pada hari Isnin semasa sidang Parlimen khas," katanya.

Ketika kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu berlangsung, serangan Israel yang memasuki hari ke-16 hari ini juga menjadi perhatian dan dijadikan bahan berkempen.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan