Gencatan kempen: PAS mahukan undangan formal Umno

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA TERENGGANU: PAS hanya akan mempertimbangkan syor gencatan berkempen selama 24 jam, yang dicadangkan Khamis ini, sempena pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu jika ia datang daripada Umno sebagai parti yang bertanding.

PAS berpandangan bahawa syor diadakan 'gencatan senjata' Khamis ini yang disyorkan oleh Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir Mohamad hanya merupakan pandangan beliau beliau sendiri.

"Cadangan ini perlu datang daripada Umno dan jika ia datang daripada Umno, maka kami akan melihat kewajaran dan alasan yang diberikan... biar ia datang daripada Umno sendiri," kata Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di sini sebentar tadi.

"Itu pandangan Mukhriz sahaja, kalau Umno menolak kenyataan itu macam mana... jadi kita hendak lihat kenyataan rasmi Umno dulu," kata beliau sambil menambah, syor Mukhriz tidak membawa apa-apa "kekuatan."

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen ditandingi tiga calon dengan hari pengundian adalah pada Sabtu ini.

Selain BN dan PAS, calon Bebas juga bertanding kali ini.

Mukhriz menyatakan demikian ketika isu Palestin diserang Israel, yang memasuki hari ke-16 hari ini, turut mendapat perhatian dalam proses berkempen di sini sekarang.

Semalam, Mukhriz yang juga Exco Hubungan Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan Pemuda Umno mengesyorkan idea itu bagi membolehkan masa bertenang tersebut digunakan untuk menyedarkan rakyat tentang kekejaman yang berlaku di bumi Palestin.

Menurut Mukhriz, buat sementara waktu, semua pihak perlu menolak ke tepi perbezaan ideologi politik dan bersatu hati dalam mengutuk kekejaman Israel yang semakin menjadi-jadi terhadap rakyat Palestin.

"Kita bukan berperang tetapi saya guna analogi "gencatan senjata" itu bagi kita menangguhkan kempen sekejap selama 24 jam dan guna hari itu untuk menyedarkan rakyat tentang apa yang berlaku di Palestin.

"Mungkin kita boleh buat solat hajat pada Khamis malam Jumaat, buat tahlil dan tak payah kempen pada hari itu. Cuma buat apa yang patut untuk tunjukkan rasa simpati kepada saudara seagama di Palestin.

"Saya amat berharap semua pihak dapat terima cadangan saya ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun di sini semalam.

Difahamkan PAS juga menggerakkan usaha untuk mengadakan sembahyang hajat di sini minggu ini bagi membela dan mendoakan keamanan rakyat Palestin.

Dalam pada itu, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pula berkata, sebarang arahan berkenaan syor itu akan diikuti beliau.

Bagaimanapun katanya, perkara itu hanya boleh ditentukan oleh Pengarah Pilihan Raya yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan