Banjir semakin buruk di Sarawak, 3773 dipindahkan

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sejumlah 3,773 orang daripada 629 keluarga yang terjejas akibat banjir di kawasan rendah di bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman di sini dipindahkan ke 25 pusat pemindahan banjir sehingga 3 petang ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan berkata, Sarawak bersedia untuk menghadapi "keadaan yang semakin parah" kerana cuaca diramal bertambah buruk memandangkan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

"Setakat ini, tiada kemalangan jiwa berlaku namun pasukan mencari dan menyelamat berdepan bahaya dan kesukaran dalam operasi mereka," katanya ketika memberi taklimat terkini kepada pemberita mengenai keadaan banjir di bilik operasi negeri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, di sini.

Dr Chan, yang juga pengerusi jawatankuasa bantuan bencana negeri, berkata sebuah bot tentera yang dinaiki enam anggota, terbalik pagi ini akibat arus deras ketika memindahkan dua mangsa banjir di Kampung Dayak Panchor, Serian, kira-kira 45km dari sini.

Beliau berkata kirakira 30 buah sekolah yang dilanda banjir di bahagian Kuching dan Samarahan akan diarah tutup sementara jika keadaan memerlukan.

Dr Chan menasihati ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak-anak mereka, terutamanya apabila air pasang besar dijangka setinggi 6.1 meter pada 5.30 petang ini dan 6.2 meter antara esok dan Rabu.

Sementara itu, Menteri Perumahan Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, yang melawat Kampung Kudei di kawasan pilihan raya Satok di sini, berkata 130 keluarga yang tinggal di tebing Sungai Sarawak berdepan risiko dilanda banjir.

"Saya telah pun menasihati penduduk kampung supaya bersiap sedia untuk dipindahkan jika paras air semakin meningkat," katanya kepada pemberita.

Abang Johari turut meminta polis supaya memantau kawasan yang dilanda banjir bagi memastikan keselamatan harta benda mangsa yang dipindahkan.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan