Solat hajat: Zahid yakin kutip minimum RM6 juta

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sumbangan minimum RM6 juta untuk membantu rakyat Palestin dijangka dapat dikutip menerusi kempen solat hajat di lebih 13,300 masjid di seluruh negara sepanjang tiga minggu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, beliau yakin jumlah itu akan dicapai berdasarkan trend hari pertama solat hajat semalam.

"Saya yakin jumlah ini dapat dicapai menjelang hujung bulan ini. Kami menetapkan solat hajat diadakan selama tiga kali," kata beliau ketika berkempen sempena pilihan raya kecil di kawasan Kampung Gelugor Raja di sini semalam.

Turut hadir berucap ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Menurut Zahid, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa semalam sahaja masjid-masjid di Wilayah Persekutuan telah mengutip lebih RM300,000 manakala di Masjid Negara sahaja kira-kira RM29,000 diperoleh.

"Berdasarkan kiraan saya, jika satu masjid dapat mengutip RM100 sekali, dengan sumbangan yang dikutip di Wilayah Persekutuan selama tiga minggu akan datang, saya yakin dapat mengumpulkan RM6 juta.

"Kami belum menerima perkembangan di masjid-masjid lain di seluruh negara. Tetapi perkembangan semalam menunjukkan keprihatinan yang diperlihatkan oleh umat Islam negara ini untuk membantu rakyat Palestin," katanya.

Mengenai upacara doa membabitkan rumah ibadat bukan Islam, beliau berkata, Kabinet pada Rabu lalu telah meminta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal untuk mengambil tindakan yang berkaitan.

"Saya dimaklumkan beliau sudah menghubungi masyarakat bukan Islam berhubung perkara itu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan