Bukan Islam juga bincang majlis doakan keamanan Palestin

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saranan Perdana Menteri supaya agama-agama lain selain Islam mengadakan upacara doa khas untuk rakyat Palestin disambut baik hari ini.

Presiden Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu , Sikh dan Tao, Datuk A.Vaithilingam berkata, saranan itu adalah sangat baik dan pihaknya sedia mempertimbangkannya.

"Saranan Perdana Menteri itu adalah sangat baik. Kami tidak ada masalah untuk melakukannya.

"Bagaimanapun, saya perlu berjumpa dengan rakan-rakan agama lain dan berbincang mengenainya," katanya ketika dihubungi mStar Online, semalam.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta masyarakat pelbagai agama negara ini mengadakan upacara sembahyang khas bagi mendoakan keamanan Palestin dan bebas daripada cengkaman Israel.

Kata beliau, selain masjid di seluruh negara mengadakan sembahyang hajat, agama lain harus mengadakan upacara doa khas di kuil dan gereja demi masa depan bumi Palestin.

Hari ini, semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat negara itu yang kini menderita akibat pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan