5,000 sertai bantahan Israel di Kedutaan AS

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTAHAN... Sebahagian aktivis dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membawa sepanduk dan kain rentang bagi membantah serangan Israel ke atas bumi Islam Palestin ketika menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan AS di Jalan Tun Abdul Razak hari ini. -FotoAP
BANTAHAN... Sebahagian aktivis dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membawa sepanduk dan kain rentang bagi membantah serangan Israel ke atas bumi Islam Palestin ketika menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan AS di Jalan Tun Abdul Razak hari ini. -FotoAP

KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 aktivis dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berarak menyertai perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah pencerobohan Israel di Gaza yang kini masuk hari ke-12.

Perhimpunan anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Pusat dan 15 NGO itu turut menyerahkan memorandum bantahan bagi menggesa campur tangan segera AS dalam menangani konflik di Palestin.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang mengetuai perhimpunan tersebut berkata pertambahan jumlah penyertaan orang ramai dalam perarakan yang bermula dari bangunan Tabung Haji selepas solat Jumaat itu menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin di Genting Gaza.

"Saya amat berpuas hati dan terharu dengan penyertaan yang begitu ramai berbanding perhimpunan yang kita adakan sejak minggu lalu.

"Ini menunjukkan semangat umat Islam di Malaysia yang bencikan penindasan di Palestin dan kita mahu AS memastikan gencatan senjata segera dilakukan bagi mengembalikan keamanan di Gaza," katanya kepada mStar Online.

Keganasan Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin telah mengorbankan lebih 600 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak tidak berdosa sejak serangan pada 27 Disember lepas.

Dalam pada itu Salahuddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan bahawa perhimpunan yang sama akan diadakan minggu hadapan jika penindasan di Palestin masih berlanjutan.

"Terpulang pada keadaan, kalau gencatan senjata masih tidak berlaku dan kekejaman masih terus berleluasa, kemungkinan kita akan adakan lagi bantahan seumpama ini.

"Mungkin nanti ia akan melibatkan penyertaan dengan jumlah yang lebih besar," katanya.

Pada perhimpunan tengah hari tadi, pihak polis mengawal pergerakan kumpulan tersebut dan semua jalan menuju ke kedutaan AS telah ditutup.

Dipercayai dua kumpulan lain kemudiannya datang selepas solat Jumaat daripada Masjid KLCC dan Masjid Negara.

Bagaimanapun Salahuddin berkata tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan tersebut.

Sementara itu di KUANTAN, seramai 4,000 pelajar dua buah institusi pengajian tinggi awam di sini hari ini mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman Israel di Palestin.

Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan itu mengadakan perhimpunan berkenaan di perkarangan masjid universiti masing-masing selepas solat Jumaat.

Kedua-dua universiti itu turut melancarkan tabung derma untuk disalurkan kepada penduduk di Semenanjung Gaza yang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan dan ubatubatan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan