Malaysia tidak alami kemelesetan - PM

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Malaysia sekarang ini tidak mengalami kemelesetan walaupun kegawatan kewangan global memberi kesan yang buruk ke atas ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah.

"Kita tidak mengalami kemelesetan sekarang ini. Jadi kita tidak menghadapi banyak masalah di dalam suku tahun keempat," kata Perdana Menteri.

"Malah, walaupun mencatatkan pertumbuhan dua peratus di dalam suku tahun itu, ia akan membolehkan kita mencatatkan purata lebih dari 5.0 peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekretariat Tetap Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) di sini Jumaat.

Dengan pastinya, (kita akan mencatatkan) lebih 5.0 peratus," katanya semasa mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa ekonomi negara kini dalam keadaan yang buruk.

"Saya tidak merasakan itu betul. Kemungkinan beliau tidak mendapat kesemua maklumat yang kita ada. Jika ianya buruk, (ekonomi) kita kini berada di dalam keadaan kemelesetan," katanya.

"Bagi tahun ini, kita semua tahu kita akan menghadapi keadaan yang sukar. Kita perlu menempatkan diri kita untuk menghadapi keadaan itu. Pakej rangsangan RM7 bilion yang telah ditetapkan, telah mulai dilaksanakan sebahagiannya," katanya.

Kerajaan telah mengunjurkan bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun lepas disasarkan 5.0 peratus manakala tahun ini 3.5 peratus.

Ekonomi Malaysia berkembang 4.7 peratus pada suku tahun ketiga 2008.

"Pakej itu akan menyelamatkan kita. Ia akan mengelakkan kita menghadapi ancaman yang bakal tiba. Ia akan turut membantu meneruskan dengan aktiviti ekonomi." kata Abdullah, sambil menyatakan ekonomi asas perlu ditambah baik manakala ekonomi sebenar tidak dibiarkan menerima tempias.

"Sehingga ini, ekonomi sebenar kita tidak menerima tempias dan pakej rangsangan itu akan membantu kita."

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan menyemak semula Bajet 2009, Abdullah berkata tiada semakan semula akan dilakukan pada masa ini. Jika kita perlu melakukan penyelarasan, "terimalah apa yang telah diumumkan."

"Bagaimanapun, kita terus berhati-hati. Jika kita perlu membuat penyelarasan�..kita akan membuat penyelarasan."

"Kita perlu bersikap realistik. Kita tidak mampu berdiam diri dan mengambil sikap penafian. Sekarang bukan masa untuk membohongi rakyat. Ia bukan masa untuk hanya menyatakan sesuatu bagi membuatkan rakyat gembira."

"Jika kita menyatakan ia elok� ia elok. Jika kita kata kita mengawal keadaan..kita sememangnya mengawal keadaan.

Katanya kerajaan tidak mampu menyatakan "perkara yang salah dan membohongi rakyat."

"Kita tidak boleh berbuat demikian. Kita kerajaan bertanggungjawab."

Beliau seterusnya menyatakan bahawa pada masa ini kerajaan mempunyai tanggung jawab yang serius untuk memastikan ekonomi negara kekal berketahanan walau pun berhadapan keadaan yang kritikal sekarang ini.

"Kita boleh mengawal ekonomi sejauh yang kita boleh unjurkan tetapi apa yang sebenarnya boleh berlaku, ia melangkaui keupayaan kita untuk membuat unjuran dan menyatakan dengan tegas apa yang sememangnya yang akan berlaku.

Mengenai pakej rangsangan kedua, Abdullah berkata beliau tidak boleh memberikan sebarang butirannya pada masa ini.

"Perkara itu (pakej rangsangan kedua) hanya dibayangkan oleh Datuk (Seri) Najib (Tun Razak). Najib berkata pakej rangsangan kedua itu akan dilaksanakan jika perlu."

Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan baru-baru ini berkata bahawa pekaj rangsangan kedua akan diperkenalkan jika keadaan memerlukan.

Selain itu, Abdullah berkata WIEF boleh memainkan peranan yang besar untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan sesama negara Islam kerana negara-negara Islam mempunyai peluang dan sumber yang besar yang boleh digunakan seterusnya.

"Kita mempunyai keupayaan OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) untuk menerima pakai program secara komersil," katanya.

Abdullah juga menyatakan bahawa Malaysia akan memberikan sokongan penuh jika prinsipal kewangan Islam menjadi satu alternatif kepada sistem kewangan konvensional global yang "lemah" sekarang ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan