LCCT beroperasi semula selepas kebakaran dipadamkan - Berita Semasa | mStar

LCCT beroperasi semula selepas kebakaran dipadamkan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kini beroperasi semula sepenuhnya selepas kebakaran yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi berjaya dipadamkan.

Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Holdings Berhad, Datuk Azmi Murad berkata, walaupun ketika kebakaran telah dipadamkan, hanya bahagian daftar masuk penumpang yang dihentikan operasinya.

Kebakaran itu juga telah menyebabkan para penumpang dan staff di situ dipindahkan,

Pasukan Bomba dan Penyelamat daerah Sepang berjaya mengawal kebakaran dengan segera yang berlaku di satu bahagian terminal tersebut yang kini dalam pembinaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Tony Fernandes berkata, tiada penerbangan yang dibatalkan disebabkan kebakaran itu namun lebih 20 penerbangan terpaksa ditunda.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan