Khutbah Jumaat seragam seluruh negara, tekan lima perkara

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PROTES... Kanak-kanak Palestin mengadakan perarakan membantah di Ramallah terhadap kekejaman Israel di Gaza.
PROTES... Kanak-kanak Palestin mengadakan perarakan membantah di Ramallah terhadap kekejaman Israel di Gaza.

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Semua masjid di seluruh negara hari ini menggunakan teks khutbah Jumaat yang seragam yang antara lain menekankan lima perkara bagi membela nasib rakyat Palestin daripada kekejaman Israel.

Antara lima perkara tersebut adalah menyalurkan bantuan kewangan melalui badan-badan diiktiraf kerajaan, memboikot dan memulau perkhidmatan Israel, menghentikan dan mengelak daripada terus menggunakan wang dolar dalam sebarang urusan perniagaan.

Selain itu, khutbah itu juga meminta umat Islam menginsafi akan bahaya perpecahan kepada umah dan memastikan penjenayah perang Gaza di bawa ke muka pengadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika dihubungi mStar Online berkata, masjid-masjid di seluruh negara juga mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat negara itu yang kini menderita akibat pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

"Mesyuarat kabinet Rabu lalu telah memutuskan supaya solat hajat diadakan selepas solat Jumaat di seluruh negara pada hari ini bagi mendoakan saudara-saudara kita di Palestin dan kita telah memaklumkannya kepada jabatan agama di semua negeri.

"Selain itu, khutbah Jumaat yang akan dibacakan pada hari ini juga adalah seragam yang dikeluarkan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang menyeru seluruh umat Islam negara ini membela nasib rakyat Palestin," katanya.

Zahid berkata, solat hajat yang akan diadakan juga akan disertai dengan bacaan qunut nazilah.

Beliau berkata, serentak dengan itu juga, kutipan derma akan dijalankan setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Teks penuh khutbah Jumaat di segmen berita

Semalam, di Kuala Terengganu, Perdana Menteri Datuk Seri ABdullah Ahmad Badawi mahu masyarakat pelbagai agama negara ini mengadakan upacara sembahyang khas bagi mendoakan keamanan Palestin dan bebas daripada cengkaman Israel.

Kata beliau, selain masjid di seluruh negara mengadakan sembahyang hajat, agama lain harus adakan upacara doa khas demi masa depan bumi Palestin.

"Kuil-kuil dan gereja-gereja juga boleh adakan majlis sendiri untuk doakan rakyat Palestin," kata beliau ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Pemimpin Wanita Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini malam tadi.

Terdahulu ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan solat hajat berjemaah bersama qariah Masjid Engku Long, Kuala Ibai, Perdana Menteri meminta masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat selepas menunaikan solat Jumaat esok bagi mendoakan keamanan di bumi Palestin.

Abdullah berkata beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memaklumkan perkara tersebut kepada semua masjid di seluruh negara.

"Saya minta semua umat Islam di negara ini supaya sama-sama mengadakan solat hajat selepas sembahyang Jumaat. Kita doa kepada Allah s.w.t supaya bumi Palestin kembali aman.

"Semoga Allah akan makbulkan doa kita," katanya.

Tambah beliau sebagai umat Islam, pendekatan agama diambil untuk meminta pertolongan daripada yang Esa.

Ia adalah beberapa inisiatif yang telah diambil kerajaan untuk membantu rakyat Palestin.

Kata beliau kerajaan juga telah menyumbangkan bantuan dana sebanyak RM3.5 juta dan menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang khas bagi membincangkan isu berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan