Kerajaan naikkan elaun doktor pakar

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kadar bayaran insentif untuk lebih 4,000 doktor pakar di seluruh negara dinaikkan antara RM300 hingga RM700 berkuatkuasa 1 Jan lepas, demikian menurut Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kadar baru itu adalah wajar memandangkan doktor pakar perubatan memikul tugas berat untuk memberikan khidmat kepakaran yang amat diperlukan oleh rakyat serta setanding dengan negara maju.

"Adalah diharap pakej ini akan dapat mengekalkan lebih ramai doktor dan pekerja perubatan dan kesihatan terus berkhidmat dengan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Citrasihat di Dataran Shahbandar di sini hari ini. Turut hadir ialah Timbalannya Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Sebagai perbandingan, bagi gred utama/khas ke atas yang sebelum ini memperoleh bayaran insentif sebanyak RM2,400 sebulan, kadar barunya ialah RM3,100 manakala kadar baru bagi gred UD41, yang sebelum ini memperoleh insentif RM1,300 ialah RM1,600. Kadar baru itu ia melibatkan peruntukan RM27.7 juta setahun, katanya.

Liow berkata kerajaan juga akan melaksanakan pelbagai penambahbaikan serta insentif lain untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, menerusi penambahbaikan elaun bertugas dalam panggilan (oncall), mewujudkan elaun lokasi mengikut tahap kesusahan dan juga pemantapan latihan subkepakaran.

Menyedari hakikat kekurangan pegawai perubatan di pedalaman temasuk di Sabah dan Sarawak, kerajaan mewujudkan elaun lokasi mengikut tahap kesusahanan anggota yang bertugas di pedalaman berdasarkan konsep yang telahpun dipraktikkan oleh Kementerian Pelajaran pada 2007.

"Kerajaan akan bayar elaun lokasi sebanyak RM30 bagi satu penerbangan ke lokasi melalui helikopter untuk Sabah dan Sarawak kepada kakitangan perubatan yang terlibat mulai awal tahun ini. Sebelum ini hanya doktor memperoleh elaun berkenaan," katanya

Beliau berkata kementerian juga bercadang untuk menyemak kadar elaun insentif yang diberikan kepada pakar kesihatan awam dan pergigian.BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan