Hanya kuasa besar boleh selesai konflik Palestin - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya kuasa besar dunia mempunyai pengaruh untuk menghentikan keganasan Israel di Palestin, namun hakikat itu tidak menghalang Malaysia untuk terus memberikan sokongan dan bantuan kepada rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan itu juga tidak menghalang Malaysia daripada mendesak bagi campur tangan antarabangsa untuk menamatkan krisis di Timur Tengah itu.

Beliau berkata, Malaysia juga akan terus menghimpunkan negara-negara Islam untuk mengutuk tindakan regim Zionis itu kerana isu itu bukan lagi merupakan isu Islam tetapi isu kemanusiaan.

"Pada hemat saya, kuasa-kuasa besar sahajalah yang boleh mendamaikan atau hentikan keganasan yang dilakukan oleh Israel (di Palestin). Selagi kuasa besar tidak menyekat Israel, selagi itulah mereka akan bermaharajalela.

"Apa pun kita mesti dapatkan bantuan kuasa-kuasa besar dan desak mereka untuk hentikan tindakan kejam Israel," kata Najib selepas mengunjungi Perdana Menteri Syria Mohammad Naji Otri yang sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia, di sebuah hotel di sini, semalam.

Mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar ditubuhkan pasukan misi pengaman Persidangan Pertubuhan Islam (OIC), beliau berkata ia tidak akan diiktiraf oleh Israel.

"Mereka (pasukan misi pengaman OIC) tidak akan diiktiraf oleh Israel. Sekarang ini jangan cakap pasal OIC, pasukan misi pengaman Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) pun dia (Israel) tak setuju.

"Ini menunjukkan mereka sangat degil dan tunjukkan kerakusan kuasa dan keangkuhan yang dahsyat. Ini adalah kuasa yang kita hadapi," katanya.

Mengenai gesaan memboikot produk Israel seperti disuarakan oleh ramai rakyat Malaysia yang bersimpati, Timbalan Perdana Menteri berkata negara tidak mempunyai produk dari Israel kerana tidak menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu.

Mengenai kunjungan itu, Najib berharap kerjasama antara Malaysia dan Syria akan dipertingkatkan lagi, lebih-lebih lagi ini merupakan pertama kali Perdana Menteri Syria melawat negara ini.

"Perdana Menteri Syria amat teruja dengan perkembangan di Malaysia yang membanggakan. Malaysia boleh menjadi contoh di kalangan negara Islam," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan