Yidris nafi jadi punca Ungku Aziz letak jawatan

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia, Datuk Yidris Abdullah menafikan peletakan jawatan Yang Dipertua (YDP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Profesor Diraja Ungku Aziz semalam adalah disebabkan saranannya yang meminta Ungku Aziz berundur secara hormat daripada jawatan itu.

Yidris berkata, menurut sumber yang diketahuinya, peletakan jawatan Ungku Aziz semalam adalah kebetulan jatuh pada hari yang sama.

"Beliau bukan meletakkan jawatan disebabkan saya. Menurut sumber yang saya ketahui, ia dipercayai berlaku sebelum saya mengeluarkan kenyataan itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Ungku Aziz dalam satu kenyataannya hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai YDP Angkasa berkuatkuasa semalam setelah menerajui badan itu selama lebih 30 tahun.

Semalam, Yidris yang akan bertanding merebut jawatan YDP Angkasa Sabtu ini meminta Ungku Aziz mengundurkan diri daripada jawatan tersebut secara terhormat.

Beliau berkata, Ungku Aziz harus bekerjasama dengan memberi peluang kepada ahli baru yang ingin membawa perubahan kepada Angkasa yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Pertandingan yang sepatutnya tiga penjuru itu kini menjadi satu lawan satu antara Yidris dan bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Rahim Bakar selepas peletakan jawatan Ungku Aziz.

Mengulas lanjut, Yidris berkata, dengan peletakan jawatan itu, Ungku Aziz telah menggunakan kebijaksanaannya melihat kepada perubahan-perubahan semasa yang berlaku dalam Angkasa.

"Apa yang saya sarankan sebelum ini adalah meminta beliau menggunakan kebijaksanaannya menilai sama ada beliau sanggup menghadapi perubahan-perubahan ini.

"Sekarang beliau sudah pun meletakkan jawatan dan ini bermakna, beliau telah memikirkan perkara itu," katanya.

Bagaimanapun Yidris berkata, beliau sebenarnya menjangka Ungku Aziz hanya akan mengumumkan peletakan jawatannya itu semasa mesyuarat agung Angkasa di Putrajaya, Sabtu ini.

"Saya sebenarnya tidak menjangka (peletakan jawatan Ungku Aziz) secepat ini. Saya jangka beliau akan umumkan semasa memberi ucapan perasmian mesyuarat agung Angkasa Sabtu ini," katanya.

Yidris berkata, jika ditakdirkan beliau memenangi jawatan YDP Angkasa, beliau akan mengemukakan kepada pihak lembaga Angkasa supaya Ungku Aziz dilantik sebagai penasihat atau penaung kepada badan itu.

"Kita memerlukan pandangan bernas beliau dan berkongsi pengalamannya," katanya.

Ditanya peluangnya untuk menang Sabtu ini, Yidris berkata, beliau mengharapkannya kerana ingin membawa perubahan dalam Angkasa termasuk memperkasa strategi dan Pelan Tindakan Dasar Koperasi Negara (DKN) serta memastikan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melaksanakan hala tuju DKN.

Beliau berkata, lebih 2,000 perwakilan seluruh negara akan hadir pada mesyuarat agung Angkasa yang diadakan serentak dengan pemilihan kepimpinan badan tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan