Mahasiswa, pelajar sekolah dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

"Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktivitiaktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

"Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Malaysia Future Leadership' anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata pelajar juga tidak perlu mendapatkan permit daripada universiti tetapi mereka perlu memaklumkan tindakan mereka untuk menyertai demonstrasi agar aspek keselamatan dapat dipantau.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama, semua pelajar sekolah seluruh negara akan menyertai satu gerakan massa bertujuan menyemai kesedaran membenci keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya gerakan besarbesaran itu turut membabitkan warga pendidik serta kakitangan kementerian yang akan dipimpin oleh beliau sendiri.

"Menerusi gerakan itu pelajar sekolah akan diberi pendedahan meluas bahawa keamanan, keadilan dan keadaan selesa negara ini pada bilabila masa boleh dirampas pihak tertentu yang rakus dan tamak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Hishammuddin berkata gerakan itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan berharap semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan kementerian lain akan terlibat sama untuk menyatukan suara generasi muda agar ia dapat didengar di peringkat antarabangsa dengan lebih berkesan.

Gerakan massa itu dipersetujui oleh kabinet dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan