Gaza: Sidang khas Parlimen, Pakatan sambut baik

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Parlimen akan mengadakan sidang khas Isnin ini membahaskan serangan Israel ke atas Gaza yang telah mengorbankan lebih 700 orang setakat ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ia diputuskan oleh Kabinet semalam.

Beliau berkata, sesi khas itu akan diadakan pada sebelah pagi.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang khas Parlimen.

Beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, ia akan membolehkan semua parti mengambil pendirian bersama untuk mengutuk serangan Israel di Gaza dan mencari penyelesaian bagi membantu Palestin.

"Kami Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan kami pada pagi Isnin (sebelum sidang khas)," kata beliau selepas majlis makan malam bersama Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu di sini malam tadi.

Anwar juga berkata, walaupun usul pembangkang untuk meminta diadakan sidang khas telah ditolak sebelum ini, pihaknya akan menggunakan kesempatan ini dengan baik untuk Parlimen membuat satu keputusan konkrit berhubung isu Palestin-Israel.

Terdahulu pada sebelah pagi semalam Anwar berkata: "Kalau kerajaan mempertimbangkan boleh walaupun pada tahap ini, lebih baik kerajaan, bukan setakat buat kenytataan, mengambil inisiatif lebih mendalam."

Beliau ditanya sama ada berhasrat untuk meneruskan usaha mengemukakan usaha sedemikian sekali lagi.

Kerajaan dan juga Anggota Parlimen pembangkang dilaporkan mengutuk keganasan Israel dan menggesa dilaksanakan gencatan senjata dan ditamatkan konflik yang bermula pada 27 Disember itu.

DESAK PBB

Kerajaan juga telah mendesak supaya diadakan Sesi Khas Darurat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menangani isu berkenaan.

Rais berkata, Malaysia akan meneruskan inisiatifnya untuk meminta diadakan sidang itu jika Majlis Keselamatan PBB gagal menyelesaikan krisis itu dalam tempoh 48 jam akan datang.

Rais bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat delegasi antara Abdullah dengan rakan sejawatannya dari Syria, Mohammed Naji Otri di Putrajaya petang semalam.

Malah kata beliau, sesi khas darurat itu akan diadakan jika majoriti daripada 192 negara anggota PBB bersetuju berbuat demikian.

Ini tidak memerlukan majoriti dua pertiga. Fasal PBB hanya menyebut majoriti," kata beliau.

Rais menjelaskan, Majlis Keselamatan tidak boleh menggunakan kuasa veto terhadap sesi khas darurat kerana anggota majlis itu hanya boleh memveto keputusan yang dibuat dalam kerangkanya sendiri saja.

Bagaimanapun, beliau menarik perhatian Amerika Syarikat mungkin menggunakan pengaruhnya supaya sesi khas itu tidak dapat diadakan.

Satu lagi halangan, kata Rais, sebarang perkara berkaitan dengan perang mesti ditangani oleh Majlis Keselamatan terlebih dulu dan selepas mereka melakukan segala usaha barulah perkara itu boleh dibawa ke Perhimpunan Agung.

Malaysia, katanya, tidak berputus harap supaya sesi khas darurat itu diadakan.

"Ini lebih baik daripada kita hanya duduk diam," kata beliau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan