Mayat model sambilan dijumpai dalam keadaan ngeri. - Berita Semasa | mStar

Mayat model sambilan dijumpai dalam keadaan ngeri.

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Mayat seorang model sambilan ditemui dalam keadaan ngeri setelah dia dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 Apartmen Villa Mas di sini kirakira 6.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata mayat mangsa berusia 22 tahun yang lengkap dengan pakaian tidur itu ditemui di perkarangan apartmen berkenaan oleh penduduk di situ.

Beliau berkata mangsa yang berasal dari Alor Star, Kedah, menyewa bersama dua lagi rakannya di rumah berkenaan sejak beberapa bulan lepas.

"Menurut rakan serumah mangsa, mereka tidak menyedari apa yang berlaku ke atas mangsa kecuali hanya mendengar jeritannya pagi ini kerana semasa kejadian, mereka sedang tidur," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Hatta berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri berikutan tiada kesan pecah masuk atau jenayah di rumahnya.

"Kita masih menyiasat kejadian itu sama ada berunsur jenayah atau bunuh diri. Hasil pemeriksaan polis turut menemui serbuk dadah jenis ketamin dalam bilik mangsa," katanya. Hatta berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan