Pemimpin politik India Malaysia bertemu di Chennai

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin politik kaum India dari negara ini sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang akan menghadiri satu persidangan di Chennai, ibu kota Tamil Nadu, India, selama tiga hari mulai Rabu ini.

Para pemimpin dari MIC, DAP, PKR serta wakil dari pertubuhan yang diharamkan iaitu Hindraf akan bertemu dalam Indian Diaspora Conference atau lebih dikenali sebagai Pravasi Bharatiya Divas.

Seramai 150 perwakilan MIC akan diketuai presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Pertamanya kami akan menghadiri Persidangan Tamil Sedunia pada 6 Jan juga di Chennai. Hari berikutnya kami akan menghadiri pula Pravasi, sebelum pulang pada 10 Jan," kata Samy Vellu kepada Bernama.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy akan mengetuai rombongan 20 orang dari DAP termasuk anggota exco Perak A. Sivanesan dan exco Selangor Xavier Jayakumar.

PKR pula akan menghantar 40 anggota perwakilan.

Ketua Hindraf, P. Wathyamoorthy yang kini melarikan di London dijangka turut menyertai bersama beberapa penyokong dari Malaysia.

Menurut laman web Pravasi, empat penceramah di persidangan itu adalah dari Malaysia iaitu, Ramasamy, Samy Vellu, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Datuk Denison Jayasooria dan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam, yang juga setiausaha agung MIC.

Selepas berucap, setiap penceramah dijangka diajukan soalan oleh hadirin. Ini dijangka menimbulkan masalah di kalangan delegasi Malaysia.

Menurut seorang pemimpin pembangkang, perwakilan pembangkang dari Malaysia dijangka mengemukan soalan kepada pemimpin MIC mengenai keadaan masyarakat India di Malaysia.

"Di sana nanti, kami berpeluang untuk mengemukakan soalan secara langsung kepada mereka. Di sini kami tidak mempunyai peluang itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan