Kula nafi letak jawatan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, M. Kulasegaran menafikan laporan akhbar hari ini bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh (DBI), antara lain kerana kecewa tidak dilantik sebagai Datuk Bandar.

"Tidak betul...laporan tersebut tidak betul sama sekali," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas beliau jawatannya sebagai Ahli Majlis Bandaraya Ipooh telah berakhir pada 31 Disember lalu.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP turut dikatakan dipaksa berbuat demikian kerana gagal menyempurnakan tugasnya.

Laporan akhbar tersebut juga menyebut bahawa Kulasegaran akan mengumumkan peletakkan jawatannya hari ini dan keputusan tersebut didorong oleh 'permainan' politik dalaman DAP.

Tambah beliau ramalan yang dibuat seperti mana yang dilaporkan menerusi akhbar tersebut 'tidak tepat' kerana isu meletak jawatan dan keretakan dalam DAP langsung tidak timbul.

"DAP masih kuat dan bersatu, tak ada sebarang masalah besar yang timbul atau perselisihan faham dalam parti," katanya.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk meneruskan tugasnya jika ditawarkan semula memegang jawatan berkenaan, beliau menyerahkan perkara itu kepada parti dan kerajaan negeri.

"Ini bukan soal minat atau tidak, tapi biar parti yang tentukan apa yang terbaik.

"Apa yang saya tahu keputusan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut akan diketahui pada hujung bulan ini...jadi kita tunggulah," katanya.

Beliau berkata apa jua keputusan yang diputuskan parti nanti akan diterima dengan hati terbuka.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan