Syor jadikan permainan layang-layang aktiviti kokurikulum sekolah

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Permainan layang-layang dicadangkan dijadikan antara aktiviti kokurikulum di sekolah kerana permainan tradisi itu semakin dipinggirkan di samping mengelakkannya daripada pupus.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bagi mengekalkan permainan tradisi berkenaan, minat terhadap permainan layang-layang perlu diterap bermula pada peringkat sekolah.

"Di sekolah ada juga aktiviti kokurikulum seperti permainan congkak dan gasing tetapi layanglayang tidak ada walau pun peminatnya ramai," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad pada majlis perasmian Pesta Layang-Layang MalaysiaChina di Dataran Pahlawan di sini, hari ini.

Kira-kira 50 peserta melibatkan 100 jenis layang-layang dari Malaysia dan China menyertai pesta berkenaan.

Mohd Ali berkata, permainan layang-layang sekarang ini sudah diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan delegasi Malaysia pernah mempertunjukkan permainan layang-layang di luar negara.

Kehadiran peserta dari China iaitu dari Nanjing dan Beijing memberi ruang kepada peserta tempatan untuk mendapat maklumat dan kemahiran terkini berkaitan ilmu dalam permainan layang-layang kerana difahamkan China memang mempunyai kemahiran dalam permainan itu, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan