Syed Hamid nafi proses cepat punca pasport mudah dipalsu

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyangkal dakwaan bahawa kepantasan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang boleh diperolehi dalam tempoh dua jam sebagai punca kegiatan pemalsuan oleh sindiket antarabangsa.

Beliau berkata, walaupun tempoh proses pengeluaran PMA kini lebih cepat, namun prosedur keselamatan sentiasa dikekalkan bagi memelihara integriti dan kredibiliti dokumen perjalanan antarabangsa tersebut.

"Kalua kita kaitkan sistem pengeluaran yang cepat dengan boleh menyumbang untuk mudah dipalsukan, itu tak benar.

"Apa yang perlu diberi perhatian ialah bukan soal masa (proses) tapi soal tahap keselamatan dokumen berkenaan," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Menurut beliau, hanya 89 kes pemalsuan PMA dikesan wujud sepanjang tahun lalu daripada tujuh juta pasport aktif yang dikeluarkan.

Daripada jumlah itu, 64 orang rakyat asing telah ditahan kerana cuba memalsukan pasport Malaysia.

"Sistem yang kita gunakan adalah yang terbaik di dunia dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi," katanya.

Rabu lalu Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sangsi dengan proses pengeluaran PMA yang hanya mengambil masa dua jam serta berisiko untuk dipalsukan ekoran permintaan yang tinggi oleh rakyat asing terhadap pasport negara ini.

Bagaimanapun Syed Hamid berharap melalui penjelasan yang diberikan mengenai status keselamatan yang ketat tentang pengeluaran PMA dapat mengelakkan kekuatiran yang timbul di kalangan rakyat negara ini.

"Kita harap rakyat kita tak terkeliru dan khuatir dengan tahap keselamatan pasport mereka.

"Saya juga berharap pihak-pihak tertentu yang ingin mengeluarkan kenyataan yang berkaitan soal keselamatan data, lebih baik periksa betul-betul dahulu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan