Mustafa, Syed Azman? Calon PAS diumum malam ini

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANTARA Mustafa (kiri) dan Syed Azman (kanan) akan menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan ini.
ANTARA Mustafa (kiri) dan Syed Azman (kanan) akan menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan ini.

PETALING JAYA Antara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad - salah seorang daripada mereka akan menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan ini.

Menurut sumber terdekat parti, kedua-dua mereka adalah calon akhir yang akan dipertimbangkan untuk mewakili parti itu bagi menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

"Mereka adalah dua calon terbaik untuk mewakili kerusi itu dan esok (hari ini) adalah hari penentuan, siapa antara mereka yang akan menggalas tanggungjawab mewakili PAS dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata sumber itu ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun katanya, Dr Syed Azman mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mewakili parti itu.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon tersebut malam ini di stadium negeri Terengganu.

Ditanya mengapa Mustafa turut terpilih sedangkan beliau adalah Pengarah Pilihan Raya parti itu di peringkat pusat, sumber tersebut berkata, isu itu tidak timbul kerana beliau bukan pengarah pilihan raya kecil ini.

"Pengarah pilihan raya (kecil) kali ini adalah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan kita jangan lupa, Datuk Mustafa adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu.

"Jika diikutkan, beliau adalah calon yang paling layak jika ada mana-mana kerusi Parlimen negeri itu yang kosong," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil di peringkat negeri, Datuk Wan Mutalib Embong enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai senarai calon akhir yang akan mewakili PAS dalam pilihan raya kecil itu.

"Tunggulah esok ketika Presiden umumkan," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengadakan mesyuarat malam semalam membincangkan mengenai calon yang akan diumumkan hari ini, Wan Mutalib berkata: "Kita sudah lama tetapkan. Tiada perbincangan lagi tentang perkara itu.

"Malam ini (semalam) memang ada mesyuarat tapi hanyalah mesyuarat rutin jentera kita."

Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Razali, ahli Parlimen bahagian itu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan