61 maut tragedi tahun baru di Bangkok, tiada rakyat Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUSNAH... Keadaan dalam Kelab Malam Santika di Bangkok yang musnah terbakar malam tadi. - AP
MUSNAH... Keadaan dalam Kelab Malam Santika di Bangkok yang musnah terbakar malam tadi. - AP

[DIKEMAS KINI, 10.30 MALAM] BANGKOK: Kemeriahan sambutan tahun baru 2009 bagi rakyat Thailand malam tadi bertukar tragedi apabila sebuah kelab yang sesak pengunjung di sini terbakar dan mengorbankan sekurang-kurangnya 61 orang.

Lebih 200 lagi dilaporkan cedera termasuk 35 rakyat asing.

Dipercayai antara mangsa kebakaran adalah warganegara asing yang mengunjungi pusat hiburan itu - Kelab Santika sempena sambutan tahun baru.

Jumlah mangsa kalangan warga asing yang terbunuh belum disahkan tetapi wartawan AP berkata, sebanyak 10 mayat rakyat asing berada di bilik mayat hospital tempatan.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, tiada rakyat Malaysia terbabit dalam tragedi kebakaran.

Pegawai Malaysia dan Thai mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden itu menjelang ketibaan Tahun Baru.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.

Kebakaran itu dikatakan berpunca daripada bunga api, tetapi menurut beberapa saksi insiden itu akibat kerosakan elektrik di kelab Santika.

Sungguhpun butiran kejadian masih tidak lengkap, difahamkan pengunjung kelab malam diberikan bunga api sejurus sebelum tengah malam dan sebaik sahaja dentingan jam menunjukkan bermulanya 2009, bunga api mula dinyalakan di kawasan menari, sekali gus mengakibatkan kebakaran besar.

Kelab itu terletak di Ekkamai, iaitu jalan yang popular dengan pengunjung dari luar negara dan masyarakat kelas atasan Thai.

Banyak mayat yang rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti dan kebakaran memusnahkan sepenuhnya bangunan terbabit.

Pihak polis juga percaya bahawa kebakaran mungkin berpunca daripada bunga api yang dibawa masuk oleh pelanggan atau dari percikan bunga api yang berterbangan dari pertunjukan di atas pentas sempena pengiraan detik tahun baru.

Abhisit Vejjajiva yang mengambil alih kepimpinan kerajaan sebagai Perdana Menteri yang baru kurang dua minggu yang lalu melawat mereka yang dimasukkan ke hospital sambil menegaskan, mercun dan bunga api tidak seharusnya dibawa masuk ke dalam pusat hiburan.

Menurut pegawai polis, Mejar Jeneral Chokchai Deeprasertwit, mangsa mati disebabkan terbakar, terhidu asap dan kecederaan semasa merempuh keluar dari kelab itu untuk menyelamatkan diri.

Kelab tersebut hanya mempunyai sebuah pintu untuk kegunaan pengunjung.

Sementara itu, menurut pihak bomba, pintu belakang kelab itu dipercayai hanya dikhaskan untuk kakitangan kelab.

Menurut Pusat Kecemasan Narenthorn yang menguruskan kerja-kerja membantu mangsa, antara 59 yang terkorban dalam kejadian itu, lapan mayat didapati terbakar sehingga tidak dapat dikenal pasti manakala 203 lagi cedera.

Pegawai polis, Jeneral Jongrak Jutanont pula berkata, antara yang cedera adalah warganegara Australia, Nepal, Jepun dan Belanda.

Menurut Chokchai, kebakaran mungkin berpunca dari bunga api yang dibawa masuk oleh pelanggan atau dari percikan bunga api yang berterbangan dari pertunjukan di atas pentas sempena pengiraan detik tahun baru.- AP

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan