Pemimpin India PKR, DAP nafi dipinggirkan

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin India dalam Pakatan Rakyat berbelah-bahagi berhubung pertemuan yang akan diadakan esok untuk membincangkan kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang dihubungi berkata, mereka menafikan wujudnya diskriminasi bahawa masyarakat India dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PKR, R. Sivarasa menyifatkan kenyataan bekas Timbalan Setiausaha Agungnya, P. Jenapala bahawa beliau telah meletakkan jawatannya sebagai satu pembohongan.

Sambil membidas kenyataan semalam, Sivarasa berkata, Jenapala tidak pernah dilantik semula memegang jawatan itu kerana telah diisytiharkan muflis.

"Beliau bukan letak jawatan, tapi memang tidak dilantik kerana menghadapi masalah muflis.

"Ikut perlembagaan, seseorang yang muflis tidak boleh dilantik memegang jawatan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Sivarasa juga menafikan dakwaan Jenapala bahawa sudah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan sebahagian besar ahli dan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat.

"Perkara itu sebenarnya tak wujud... sebaliknya beliau sengaja membangkitkan isu perkauman seperti itu bagi kepentingan politik peribadinya.

"Tidak wujud soal perkauman dalam Pakatan Rakyat, dan beliau sendiri yang cetuskan isu ini kerana ada agenda tersendiri selepas kecewa kerana tidak dilantik semula ke jawatannya sebelum ini," katanya.

Ahli Parlimen Subang itu mengatakan demikian ketika diminta mengulas pertemuan lebih 50 pemimpin nasinal India dalam Pakatan Rakyat di sini esok bagi membincangkan kedudukan dan sokongan mereka kepada parti komponen ikatan pembangkang itu.

Pertemuan itu antara lain membincangkan dua opsyen iaitu sama ada kekal memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat ataupun keluar dan menubuhkan parti sendiri.

Pertemuan itu akan memusatkan kontroversi Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang berhasrat untuk keluar PKR.

Dalam pada itu ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, N. Gobalakrishnan berkata isu yang dibangkitkan Jenapala adalah kerana kecewa apabila digugurkan daripada jawatannya sebelum ini.

"Ini tindakan orang kecewa malah soal diskriminasi kaum dalam PKR langsung tidak wujud kerana semua pihak bebas suarakan pendapat sama ada dalam PKR dan juga Pakatan Rakyat," katanya.

Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran menegaskan partinya tidak mahu campur tangan mengenai isu yang berlaku dalam PKR terutamanya yang melibatkan isu perkauman.

Beliau berkata DAP tidak terlibat dengan masalah yang dihadapi PKR sekarang ini iaitu dengan dakwaan berhubung wujudnya diskriminasi kaum terutamanya kaum India dalam parti berkenaan.

"Apa yang jelas DAP tak ada kaitan dalam soal ini," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pertemuan lebih 50 pemimpin nasional India dalam Pakatan Rakyat esok bagi membincangkan kedudukan dan sokongan mereka kepada parti komponen ikatan pembangkang itu.

Bagaimanapun ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata beliau tidak dimaklumkan langsung mengenai pertemuan tersebut.

"Saya tak tau langsung ada hal ini, tiada siapa beritahu...mungkin tiada kepentingan libatkan saya dalam hal ini," katanya.

Beliau bagaimanapun menasihatkan supaya sebarang masalah yang wujud dalam parti perlu diselesaikan secara tertutup.

Dalam pada itu ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) menolak wujudnya diskriminasi kaum dalam Pakatan Rakyat.

"Saya tak nampak wujudnya diskriminasi kaum dalam Pakatan Rakyat kerana dalam pakata ini kami dilayan dengan baik.

"Malah semua kaum membantu sesama sendiri untuk memajukan kaum-kaum masing," katanya.

Tambah beliau walaupun PSM bukan sebagai ahli rasmi dalam Pakatan Rakyat, namun beliau percaya hanya melalui pakatan itu dapat membawa perubahan positif kepada rakyat.

"Saya harap semua kaum bersabar dalam Pakatan Rakyat dan isu kaum sememangnya tidak wujud," katanya yang mengakui tidak menerima sebarang undangan menghadiri perjumpaan 50 pemimpin nasional India Pakatan Rakyat itu.

"Tiada jemputan dan tiada siapa beritahu saya, saya hanya tau mereka akan adakan perjumpaan melalui akhbar," katanya.

Manikavasagam, anggota Majlis Pimpinan Tinggi PKR dan salah seorang Timbalan Pengerusi PKR Selangor berkata, beliau tetap akan membuat satu kenyataan penting petang esok walaupun telah dipujuk oleh beberapa pemimpin.

"Pertemuan yang diuruskan oleh Jenapala akan diteruskan seperti dirancang esok walaupun ada beberapa pemimpin dalam PKR menggesa supaya hadir menghadiri mesyuarat itu dan menarik balik pendirian keluar PKR," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan