Kekal atau keluar? Pemimpin India Pakatan putuskan hari ini

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DATUK SERI Anwar Ibrahim ketika dikelilingi sebahagian pemimpin dan penyokong Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini. Di kiri beliau ialah Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang membuat pendirian untuk keluar parti itu.
DATUK SERI Anwar Ibrahim ketika dikelilingi sebahagian pemimpin dan penyokong Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini. Di kiri beliau ialah Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang membuat pendirian untuk keluar parti itu.

[EKSKLUSIF] PETALING JAYA: Lebih 50 pemimpin India peringkat nasional dalam Pakatan Rakyat bertemu di sini hari ini - pertemuan terbesar sejak pilihan raya umum Mac lalu - bagi menentukan ala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.

Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.

Forum hari ini yang berpusatkan isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang telah mengumumkan hasrat untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan membincangkan beberapa opsyen.

Antara opsyen ialah keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pertemuan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India.

Ketika dihubungi mStar Online lewat petang kelmarin, Pengerusinya, P. Jenapala berkata, "kami mengadakan pertemuan ini untuk mencapai satu pendirian kukuh sama ada mahu kekal dalam PKR, Pakatan ataupun sebaliknya."

"Jika mahu kekal, kami akan kekal bersama dan jika mahu keluar, kami akan keluar bersama," kata beliau sambil menegaskan, pertemuan hari ini sebagai adalah amat penting bagi menentukan nasib masyarakat India selepas sembilan bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu.

Jenapala merupakan Timbalan Setiausaha Agung PKR dan telah menyatakan hasrat untuk keluar PKR minggu lalu.

Sambil mengakui sudah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan sebahagian besar ahli dan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat, Jenapala memberitahu, pihaknya mahu mengambil satu pendirian bersama diambil bagi memastikan kepentingan masyarakat India di negara ini terus dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.

"Sejak kebelakangan ini banyak pemimpin dan wakil rakyat India dalam Pakatan Rakyat menyatakan pendirian masing-masing, satu persatu satu tentang rasa tidak puas hati mereka.

"Jadi kami hendak mendengar semua pandangan bersama dan membuat satu pendirian bersama," kata beliau.

Beliau menambah, ramai di kalangan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam PKR menyedari bahawa "mereka tidak boleh kembali kepada Barisan Nasional."

"Kami mahu tubuhkan satu badan di bawah satu payung iaitu mempunyai satu parti sendiri," katanya.

Justeru, katanya, perlu membuat pendirian tegas untuk menentukan hala tuju masa depan dengan kemungkinan memikirkan menubuhkan sebuah parti baru bagi masyarakat India.

Jelas beliau, rasa tidak puas hati timbul sekitar isu pelantikan pemimpin India untuk memegang jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan serta memegang jawatan dalam agensi-agensi hubung kait kerajaan (GLC) dan dalam jawatankuasa kampung.

Pertemuan itu diadakan lima hari selepas Manikavasagam menyatakan hasrat untuk keluar PKR, yang dijadual diumumkan Rabu ini.

Pendirian Manikavasagam itu juga berkisar pada perkembangan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR, salah satu komponen ikatan pembangkang itu.

Pakatan Rakyat dibentuk selepas prestasi pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Manikavasagam juga dijadual mengumumkan pendiriannya selepas pertemuan tersebut.

Dianggarkan 150,000 ahli parti komponen Pakatan Rakyat merupakan masyarakat India.

Malah esok, mesyuarat Biro Politik iaitu badan tertinggi penentu dasar politik parti itu akan membincangkan semua perkara yang berkaitan dan mencari penyelesaian.

Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar ibu negara sehingga 6 Januari ini.

PKR adalah anggota komponen Pakatan Rakyat yang memerintah lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan