500 aktivis Islam sertai himpunan kutuk Israel di Kedutaan AS

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPAKAT... Aktivis dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) Islam berarak beramai-ramai sambil melaungkan slogan anti Israel bagi membantah serangan Israel ke atas Bumi Islam Palestin yang mengorbankan ramai orang awam menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat (USA) di Jalan Tun Abdul Razak. -fotoBERNAMA
SEPAKAT... Aktivis dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) Islam berarak beramai-ramai sambil melaungkan slogan anti Israel bagi membantah serangan Israel ke atas Bumi Islam Palestin yang mengorbankan ramai orang awam menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat (USA) di Jalan Tun Abdul Razak. -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Hampir 500 aktivis dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyertai perarakan dan berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi mengutuk serangan Israel terhadap penduduk di Genting Gaza yang mengakibatkan lebih 300 nyawa terkorban.

Perarakan yang bermula dari bangunan Tabung Haji kira-kira pukul 11.30 pagi itu diketuai oleh Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu.

Mohamad Sabu kemudiannya menyerahkan memorandum bantahan terhadap kekejaman tersebut serta menuntut supaya keganasan di Gaza dihentikan.

Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil kedutaan AS yang enggan mendedahkan identiti dan jawatannya.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang turut menyertai perhimpunan itu berkata, antara tuntutan yang terkandung dalam memorandum tersebut ialah meminta tindakan segera dan campur tangan kerajaan AS bagi menghentikan keganasan tenteta Israel di Gaza.

"Kita juga mendesak supaya Israel menghentikan serta merta tindakan kejam mereka dan izinkan bantuan kamanusiaan dapat dihantar ke sana," katanya kepada mStar Online.

Perhimpunan tersebut turut disertai oleh rakyat Palestin yang berada di Malaysia.

Hampir 100 anggota polis telah ditempatkan bagi mengawal keadaan keselamatan sepanjang perarakan dan perhimpuan tersebut.

Namun tiada sebarang tangkapan atau perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu Salahuddin berkata tindakan susulan selepas penyerahan memorandum pada hari ini ialah beliau telah mengarahkan pemimpin Pemuda PAS di seluruh negeri untuk mengadakan perhimpunan bantahan yang sama pada hari Jumaat ini.

"Saya dah arahkan semua Pemuda PAS di setiap negeri untuk buat perarakan yang pada hari Jumaat ini selepas solat Jumaat.

"Selain itu kita juga telah melancarkan tabung khas bagi membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa kekejaman di Gaza.

Tindakan PAS dan Majlis Permuafakatan Angkatan NG0-NGO Malaysia (MAPAN)) ini ekoran perkembangan terbaru apabila Israel melancarkan serangan ke atas Genting Gaza tiga hari lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin serta beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Turut serta ialah Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo Lo Mohd Ghazali, wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM), wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan