Keluar parti: MP Kapar kekal pendirian, umum Rabu ini

Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: S. Manikavasagam tidak berganjak daripada pendiriannya - mahu keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) - keputusan yang secara rasmi dijangka diumumkan Rabu ini sambil menegaskan, beliau turut kecewa dengan kenyataan dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Kapar itu berkata, kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Selangor dan Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS semalam, mencerminkan mereka tidak menunjukkan kepimpinan politik untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

Bagaimanapun Manikavasagam mengakui bahawa pagi tadi Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali ada mengirim SMS memintanya mengkaji semula pendirian untuk keluar parti.

Malah malam tadi, Ahli Majlis Tertinggi PKR, N. Gobalakrishnan juga menghantar SMS menggesa Manikavasagam mengkaji semula pendiriannya.

Pun begitu, katanya, beliau tetap dengan pendekatan keras yang bakal diumumkan minggu ini.

"Kenyataan Khalid dan Hadi (semalam) menunjukkan mereka bukan pemimpin politik yang sanggup menyelesaikan masalah yang wujud.

"Saya kecewa dengan kenyataan mereka... mereka tidak sepatutnya keluarkan kenyataan seperti itu semalam," kata Timbalan Pengerusi PKR Selangor ini sambil menambah, Khalid masih bertindak seperti "orang korporat, bukannya orang politik."

Kata Manikavasagam, Khalid masih bertindak seolah-oleh sebagai pemimpin korporat di mana apabila ada kakitangan mahu berhenti kerja ataupun sebaliknya, dengan segera menerimanya tanpa melihat masalah sebenar yang wujud.

"Ini politik, bukan korporat," kata Manikavasagam yang juga anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR.

Dalam komennya semalam, Khalid berkata, beliau menyerahkan kepada Manikavasagam untuk membuat keputusan sama ada mahu kekal ataupun keluar dari PKR dengan menganggap beliau sudah matang untuk mengambil sebarang keputusan.

Dalam pada itu, ketika ditemui wartawan pada satu majlis di Shah Alam, Hadi pula berkata, Manikavasagam juga patut melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kapar jika keluar PKR.

Kata Manikavasagam, beliau dan penyokong kecewa kerana Hadi tidak memperlihatkan semangat sebagai seorang pemimpin politik yang kanan untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

Kata beliau, PAS memperoleh kemenangan juga ekoran sokongan besar pengundi India yang digerakkan oleh pihaknya, malangnya kini seolah-olah mahu diabaikan ketika bermasalah.

"Siapa yang membawa bendera dan payung PAS masa pilihan raya umum (pada 8 Mac) lalu? Siapa yang menganggotai Kelab Ahli PAS?" soal Manikavasagam sambil menambah, Hadi dari Terengganu, telah gagal dalam mempertahankan negeri itu yang dimenangi pada 1999.

"Kami bertindak sekarang kerana tidak mahu nasib yang sama dialami Pakatan Rakyat di Selangor (dalam pilihan raya umum akan datang).

"Jadi Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan PAS harus membantu dalam soal ini jika benar-benar mahu membantu masyarakat India dan pengundi Selangor," katanya.

Manikavasagam menambah, beliau akan mengumumkan keputusan rasmi mengenai pendiriannya Rabu ini.

Malah pada hari yang sama Biro Politik PKR - badan tertinggi membuat keputusan mengenai aspek politik - dijadual membincangkan isu berkenaan.

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan