Rombakan barisan PKR negeri Anwar, Azizah dikritik

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini untuk merombak dan melantik barisan kepimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru dipercayai telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan keresahan di kalangan sebahagian ahli dan pemimpin.

Sambil mengakui perkembangan itu, Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam komen beliau menerusi blognya berkata, "kita tidak bermaksud meremehkan kritikan dan dengan nada sama tidak sekali-kali melekehkan pengorbanan dan sumbangan rakan-rakan pimpinan yang berjasa di peringkat negeri atau pusat."

Antara mereka yang dilantik secara sebulat suara ialah Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah dan Sarawak. Pengerusi Perhubungan Negeri yang lain terdiri daripada Pahang (Datuk Fauzi Abd Rahman), Pulau Pinang (Datuk Zahrain Mohamed Hashim), Negeri Sembilan (Datuk Kamarul Baharin Abbas), Selangor dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Datuk Abd Khalid Ibrahim), Kedah (Ahmad Kassim), Kelantan (Ab Aziz Ab Kadir), Perlis (Johari Shafie), Melaka (Khalid Jaafar), Johor (Dr. Zaliha Mustaffa), Perak (Osman Abdul Rahman) dan Terengganu (Wan Rahim Wan Hamzah).

Justeru, kata Anwar, ternyata sebahagian teguran yang diluahkan sama ada secara terbuka atau yang ditujukan ke atasnya atau Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden telah mengalihkan fakta, sama ada isu rundingan dengan sebahagian pimpinan negeri, biro politik atau Majlis Pimpinan Tertinggi.

"Umpamanya ada yang menelah bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, Ismail Yusop telah dipecat walhal beliau kekal sebagai pengarah pilihan raya negeri. Zakaria (Pahang) pula diserap ke jentera pilihan raya pusat.

"Usaha pimpinan Johor dihargai namun pretasi dari sudut keanggotaan, program dan pilihan raya perlu ditingkatkan. Dr. Zaleha merupakan satu-satunya tokoh wanita yang diamanahkan untuk memimpin di peringkat negeri.

"Tugas pimpinan lainnya, lama dan baru perlu digembeleng untuk merangkul dan memantapkan kekuatan dengan pengawasan rapi olih Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali," kata beliau sambil menambah, "janganlah diandaikan tugas penyelaras negeri sebagai sesuatu yang tetap dan tidak harus dirombak."

Anwar, Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan, secara peribadi beliau tidak cenderung untuk menyelaraskan kegiatan di Sabah dan Sarawak.

"Malah Wilayah Persekutuan juga mendesak agar saya membantu. Saya kira dgn kedudukan Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor, beliau lebih berupaya melonjakkan kekuatan gelanggang utama parti lebih-lebih lagi dengan jaminan dan dukungan penuh olih bekas pengerusi, saudara Azmin dan YB Tian Chua. Tambahan pula tokoh kanan parti saperti Azmin Ali bersama Sivarasa Rasiah dan William Leong membantu beliau di Selangor," katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru, Wan Azizah berkata, rombakan dan pelantikan kali ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.

"Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat.

"Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya, dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak," katanya.

Wan Azizah menambah, agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

"Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihan raya negerinya dalam masa terdekat, pelantikan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan