Muthu: Belum terima surat tunjuk sebab, mahu lawan habis

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDIRIAN M. Muthupalaniappan (kiri) mahu mencabar S. Samy Vellu (kanan) memanaskan semula politik MIC.
PENDIRIAN M. Muthupalaniappan (kiri) mahu mencabar S. Samy Vellu (kanan) memanaskan semula politik MIC.

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan menyifatkan pucuk kepimpinan parti itu terdesak untuk mengambil tindakan disiplin kerana khuatir beliau akan memberi cabaran sengit ke atas Datuk Seri S. Samy Vellu dalam pemilihan presiden awal tahun depan.

Sambil mengakui bahawa telah menjangkakan dari awal yang beliau akan berhadapan dengan situasi sedemikian, Muthupalaniappan berkata, "saya akan lawan sampai habis-habisan untuk mendapatkan keadilan" jika menerima surat tunjuk sebab itu kelak.

Bagaimanapun Muthupalaniappan berkata, beliau masih belum menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin sehingga pagi ini.

"Akhbar melaporkan surat sudah dikeluarkan, tetapi sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa surat.

"Saya pun tidak tahu apa kandungan surat berkenaan," kata beliau kepada mStar Online sebentar tadi.

Pengerusi Lembaga Disiplin MIC, Tan Sri G. Vadiveloo yang dipetik The Star hari ini berkata, pihaknya sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Muthupalaniappan kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan parti.

Muthupalaniappan berkata, Samy Vellu, Presiden MIC paling lama berkhidmat, yang pernah mengambil tindakan seumpama itu banyak kali sebelum ini, tidak akan berjaya kali ini.

"Mereka mahu mengambil tindakan ini kerana bimbang dengan sokongan yang saya peroleh sejak mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan presiden," kata beliau yang mengumumkan hasrat mencabar Samy Vellu bulan lalu.

Muthupalaniappan juga berkata, maklumat yang diterima menunjukkan Samy Vellu yang menggerakkan idea mahu mengambil tindakan disiplin ke atasnya dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) minggu lalu.

Mesyuarat bulanan CWC Khamis lalu, dipengerusikan Samy Vellu telah memutuskan perkara itu diteliti oleh Jawatankuasa Disiplin parti yang diketuai Vadiveloo.

Kelmarin, Samy Vellu telah memecat Bendahari Agung MIC, Tan Sri M. Mahalingam yang juga salah seorang anggota jawatankuasa pemilihan jawatan presiden MIC.

Sehubungan itu, tegas Muthupalaniappan, beliau mahu satu badan penyiasat bebas ditubuhkan untuk menyiasat kesnya walaupun Vadiveloo merupakan Pengerusi Lembaga Disiplin dilantik oleh Presiden.

Katanya, dalam kes ini kedua-dua Vadivello dan Samy Vellu yang menduduki CWC adalah pihak yang berkepentingan dan oleh itu, perlu ada badan bebas untuk menyiasat dakwaan ke atasnya.

"Perlu ada badan siasatan bebas untuk meneliti sama ada pandangan yang saya berikan benar-benar telah memudaratkan parti.

"Segala pandangan saya selama ini selari dengan Perlembagaan parti, bertujuan menegakkan kepentingan parti dan ahli," kata beliau yang juga bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan dan Exco kerajaan negeri.

Muthupalaniappan menjelaskan, beliau pernah menulis surat kepada Samy Vellu tiga bulan lalu agar tidak bertanding mempertahankan kerusinya, yang disandang sejak 1979, dan jika mahu terus bertanding biarkan proses pemilihan diadakan dengan adil untuk perwakilan menentukan pemenang.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan