Siasatan terhadap Jeyakumar selesai dalam masa terdekat - Berita Semasa | mStar

Siasatan terhadap Jeyakumar selesai dalam masa terdekat

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siasatan kes berhubung dakwaan terhadap Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar (gambar) mengeksploitasi kanak-kanak dalam kempen berbasikal anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) akan selesai dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap Jeyakumar telah pun bermula minggu lalu berhubung sama ada ahli Parlimen itu terlibat dalam kempen Berbasikal Untuk Perubahan tersebut.

"Saya percaya siasatan terhadap kes ini akan selesai sedikit masa lagi. Kita akan maklumkan perkembangannya nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online, semalam.

Ditanya sama ada Jeyakumar perlu dipanggil semula untuk memberi keterangan tambahan, Khalid berkata, perkara itu tidak perlu buat masa ini.

"Tak perlu lagilah sebab keterangan beliau yang kita ambil semasa ditahan pada 15 Disember lalu di Rawang sudah cukup untuk pihak polis menjalankan siasatan," katanya.

Semalam, Jeyakumar berkata, beliau akan menulis surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai kempen berbasikal anjuran Jerit termasuk membabitkan negeri itu baru-baru ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Khalid bahawa Sultan Selanngor kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab memperalatkan kanak-kanak dalam kempen mereka.

Pada 15 Disember lalu, polis menahan Jeyakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie kerana dipercayai terbabit dengan penganjuran kempen kayuhan basikal tersebut.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan