Lembaga Disiplin Umno bidas dakwaan lambat bertindak aduan politik wang

Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno hari ini membidas dakwaan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) bahawa lembaga itu lambat bertindak terhadap aduan rasuah dan politik wang dalam parti tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, ahli-ahli Lembaga Disiplin begitu komited dan sentiasa bersedia untuk mengendalikan kes-kes disiplin yang diterima.

"Sejak 29 Januari hingga 16 Disember tahun ini, Panel Penyiasat Lembaga Disiplin telah bersidang sebanyak 39 kali melibatkan 109 bahagian.

"Sementara itu, Tribunal Lembaga Disiplin telah bersidang sebanyak 10 kali melibatkan 25 bahagian, manakala Panel Rayuan pula telah bersidang dua kali melibatkan dua bahagian.

"Oleh itu, dengan angka-angka ini sekaligus menafikan dakwaan mereka bahawa kita tidak bertugas," katanya kepada media di ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Pada 18 Disember lalu, Mubarak menyifatkan Lembaga Disiplin UMNO sebagai badan yang paling lambat bertindak menangani masalah dalaman parti itu termasuk mengambil tindakan terhadap beratus-ratus aduan mengenai amalan politik wang dan rasuah dalam pemilihan UMNO.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, dalam usaha menyiasat dakwaan itu, ada sesetengah ahli Lembaga yang terpaksaa bermalam di sesuatu kawasan sehingga tiga hari bagi mendapatkan saksi dan bukti yang sahih.

"Kita bersedia bekerja tapi sebaliknya kita dituduh tidak bekerja dan pilih kasih.

"Kita tidak lambat bertindak. Kita bekerja namun masih dituduh tidak bekerja...kecil hati saya," katanya.

Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi dalam menyiasat aduan-aduan ini adalah ketiadaan saksi. Justeru katanya, beliau mahu Mubarak sendiri mengemukakan saksi kepadanya bagi mempercepatkan siasatan.

"Saya mahu kalau boleh, mereka ini sendiri bagi saksi kalau ada kepada saya. Kita tak mahu dengar 'hearsay'. Kita mahu saksi yang sah.

"Kalau ada aduan kesalahan orang adakan kempen atau jamuan, orang itu sendiri mesti ada di situ. Bukannya saya dengar begini begini, kita tidak mahu," katanya.

Ditanya sama ada Lembaga Disiplin ada menerima aduan berhubung politik wang dalam pemilihan jawatan tertinggi Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen enggan mengulas lanjut.

"Saya tak boleh cakap. Saya boleh kena saman kalau cakap ini," katanya ringkas.

Beliau berkata, Lembaga Disiplin menerima dan menyiasat aduan berdasarkan tarikh ia didaftar dan tidak memilih dan mendahulukan mana-mana pihak.

Berhubung dakwaan ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dari Parti Keadilan Rakyat bahawa beliau tahu wujudnya politik wang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, hanya anggota parti yang boleh membuat aduan kepada lembaga itu.

"Itu atas dia (sama ada buat laporan kepada BPR). Saya tak boleh nasihat dia, dia sangat bijak, dia patut tahu apa yang perlu dia buat," katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan ahli-ahli Umno supaya tidak membawa kes parti ke mahkamah kerana ia menyalahi Seksyen 18 (C), Akta Pertubuhan 1966 dan Perkara 20.7 Perlembagaan Umno yang boleh menyebabkan seseorang ahli itu gugur keahlian dengan sendirinya.

Katanya, setakat ini, pihaknya mempunyai tiga kes melibatkan ahli yang tidak berpuas hati dengan perjalanan dan keputusan mesyuarat di peringkat bahagian yang dibawa ke mahkamah tanpa melalui Lembaga Disiplin iaitu bagi bahagian Tanah Merah, Ledang dan Kota Tinggi.

Beliau berkata, bagi Tanah Merah, ahli tersebut telah pun dipecat, manakala bagi Ledang, surat cadangan supaya ahli yang terlibat dipecat juga telah diberikan kepada jawatankuasa pengurusan parti dan kes bagi Kota Tinggi masih belum diputuskan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan