Jerit: Jeyakumar mahu perjelas Sultan Selangor

Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr. D. Jeyakumar
Dr. D. Jeyakumar

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar akan menulis surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai kempen Berbasikal Untuk Perubahan anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) termasuk membabitkan negeri itu baru-baru ini.

Sehubungan itu, kata Jeyakumar, beliau percaya ada pihak-pihak tertentu yang sengaja menyampaikan maklumat tidak tepat kepada baginda sehingga menganggap Jerit telah mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan-tujuan tertentu termasuk kepentingan politik.

"Saya tak tahu apa yang diberitahu kepada Tuanku (Sultan Selangor) mengenai situasi ini, jadi saya akan tulis surat kepada Tuanku dan buat penjelasan.

"Saya rasa jika Tuanku tahu apa yang benar-benar berlaku, Tuanku akan sokong," kata ahli Jawatankuasa Kuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia ini kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bahawa Sultan Selanngor kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab memperalatkan kanak-kanak dalam kempen mereka.

Kata Jeyakumar, program berbasikal dari utara ke Kuala Lumpur tersebut, yang berakhir Khamis lalu, sebenarnya telah memberikan para peserta pengalaman serta pendedahan baru mengenai kehidupan masyarakat di tempat yang dilawati.

"Anak saya yang berusia 15 tahun juga terbabit dalam kempen ini kerana mereka dapat rasai banyak pengalaman baru tentang dunia luar.

"Mereka juga singgah bermalam di estet serta perkampungan Orang Asli... ini pendedahan yang cukup baik," katanya.

Bagaimanapun beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu terutamanya polis yang dilihat begitu tidak menyenangi program Jerit itu.

Ditanya mengenai perkembangan terkini bahawa polis sedang menyiapkan kertas siasatan bagi mendakwa Jeyakumar yang turut ditahan di Rawang minggu lalu kerana menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen berkenaan, anggota Dewan Rakyat itu berkata, beliau sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Mereka nak dakwa... bagi mereka dakwa, kita boleh jumpa di mahkamah.

"Saya ada cukup peguam kerana saya yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam perkara ini," katanya.

Namun kata beliau, usaha pihak polis itu hanya akan merugikan masyarakat kerana mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada menjaga ketenteraman awam.

Pada 15 Disember lalu, polis turut menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie kerana dipercayai terbabit dengan penganjuran kempen kayuhan basikal tersebut.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan