Tempoh jaminan 'Kickdefella' dilanjut hingga Februari

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tempoh jaminan polis terhadap penulis blog 'Kickdefella', Syed Azidi Syed Aziz, yang ditahan tiga bulan lalu berhubung tulisan agar kibarkan Jalur Gemilang terbalik, telah dilanjutkan lebih sebulan lagi.

Dengan keputusan itu, jaminan polis terhadap Syed Azidi yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 2 Februari.

Syed Azidi ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi berkata, keputusan melanjutkan jaminan itu diputuskan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Khamis lalu.

"Jaminan polis sepatutnya berakhir hari ini tetapi saya telah menghubungi polis Khamis lalu kerana saya ada tugasan di Kelantan hari ini.

"Polis memutuskan untuk melanjutkan sehingga 2 Februari," kata beliau lagi.

Ini merupakan lanjutan kali yang ketiga.

Pada 21 November lalu, jaminan polis dilanjutkan sehingga hari ini.

Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial masih belum siap menyiasat kesnya.

Syed Azidi yang ditahan 17 September lalu mengikut Akta Hasutan dan dibebaskan semula tiga hari kemudian dengan jaminan polis selama sebulan dan dikehendaki melaporkan diri setelah berakhirnya tempoh jaminan tersebut.

Syed Azidi ditahan berhubung penulisan artikelnya yang berbaur hasutan dengan mencadangkan agar Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik bersempena sambutan kemerdekaan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan