Tanah runtuh: Selangor tawar keluarga hilang rumah bantuan khas, diskaun

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEDUDUKAN kawasan perumahan yang diklasifikasikan sebagai tidak selamat sebelum ini. Berdasarkan laporan penilaian geoteknikal JKR, lebih 2,000 penduduk terbabit dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka mulai hari ini.
KEDUDUKAN kawasan perumahan yang diklasifikasikan sebagai tidak selamat sebelum ini. Berdasarkan laporan penilaian geoteknikal JKR, lebih 2,000 penduduk terbabit dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka mulai hari ini.

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor menawarkan insentif diskaun kepada keluarga yang secara langsung dan tidak langsung kehilangan tempat tinggal ekoran tragedi tanag runtuh Bukit Antarabangsa 6 Disember lalu.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melawat lokasi tragedi pagi tadi dan mengumumkan tindakan susulan kerajaan negeri ekoran laporan geoteknikal dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya.

BANTUAN KHAS KERAJAAN NEGERI: SEPINTAS

A) Semua 268 keluarga terlibat:

- Baucer balik sekolah - RM120 setiap anak mangsa, dari prasekolah hingga tingkatan 5.

- RM500 sebulan selama tiga bulan kepada keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah dan Orang kurang upaya (OKU) dan warga emas

B) Bagi 187 keluarga dibenar pulang:

- Bantuan logistik mengangkut barang oleh PBT.

- Bantuan perubatan Yayasan Amal (selama sebulan di Kondominium Impian Selatan)

C) 81 keluarga tidak dibenar pulang:

- RM1,000 sebulan bagi kos sewa rumah hingga dibenarkan pulang

- Tawaran menyewa 14 rumah PKNS di Cheras dengan kadar minimum RM100 sebulan untuk 3 bulan pertama. Lepas tiga bulan kadar sewa ialah RM500.

- Tawaran beli mana-mana rumah PKNS pada potongan harga 15 peratus.

Tambah Khalid, bagi 14 keluarga yang rumah mereka ranap, kerajaan negeri menawarkan mereka membeli rumah yang dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada potongan harga 15 peratus atau menyewa mana-mana rumah disediakan agensi itu dengan potongan 50 peratus.

Potongan sewa itu adalah untuk tempoh setahun.

Malah, tawaran yang sama diberikan kepada 81 keluarga yang belum boleh pulang ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan.

"Namun buat masa ini, bagi 81 keluarga berkenaan kerajaan negeri akan membiayai kos sewa rumah sehingga RM1,000 sebulan sekeluarga sehingga mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

"PKNS juga menawarkan 14 buah rumah di Cheras untuk disewa dengan kadar minimum RM100 sebulan untuk tiga bulan pertama dan seterusnya RM500 setelah tamat tempoh tiga bulan tersebut," katanya.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, beberapa kawasan perumahan berhampiran kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa selamat untuk diduduki mulai semalam manakala beberapa lagi masih memerlukan penilaian tentang tahap keselamatannya.

Ia mungkin memakan masa sebulan ataupun lebih.

Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Jabatan Kerja Raya (JKR) merumuskan bahawa status keselamatan di lima kawasan "merah" sebelum ini adalah selamat dan boleh diduduki penghuni.

Kawasan tersebut ialah:

- Jalan Bukit Antarabangsa 5 unit rumah rumah nombor 1 hingga no 5

- Jalan Bukit Mewah 2 30 unit rumah rumah nombor 5 hingga 38

- Jalan Wangsa 11 38 unit rumah rumah nombor 2 hingga 76 - Kondominium Impian Selatan: Keseluruhan Blok A 81 unit dan Keseluruhan Blok B 28 unit

- Jalan BJ, 6A Taman Bukit Jaya, 6 unit rumah nombor 1, 3, 5, 7, 9 dan 11

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu yang berlaku pada kirakira pukul 4 pagi, 6 Dis lepas, mengakibatkan 14 buah banglo ranap di Bukit Mewah dan empat orang terkorban.

Dianggarkan 1,000 penduduk masih tidak boleh menduduki kediaman mereka sehingga kawasan perumahannya diisytiharkan selamat untuk diduduki, kerana Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR masih menjalankan penilaian ke atas kedudukan tanah di kawasan yang tidak selamat.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan