Khairy sertai forum Transformasi Politik Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan menyertai forum wacana politik bertajuk 'Transformasi Politik Malaysia' sebagai salah seoarng ahli panel di Kota Bahru malam esok.

Forum anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu turut disertai oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan pakar Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Manakala Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff betindak sebagai moderator pada forum berkenaan.

Husam ketika dihubungi mengesahkan kehadirannya sebagai penalis pada majlis tersebut.

"Ya, saya ada mendapat jemputan daripada penganjur untuk hadir pada forum berkenaan sebagai ahli panel.

"Saya terima jemputan melalui khidmat pesanan ringkas (sms)," katanya ringkas.

Ditanya apakah isu yang akan beliau utarakan adalam forum berkenaan, beliau berkata subjek utama yang akan dibincangkannya masih belum difikirkan lagi.

"Saya masih beluam buat persediaan tentang isu yang saya akan kupas esok," katanya.

Forum terbuka itu akan diadakan di Dewan Besar Balai Islam Ludang, Kota Bahru, pada pukul 9 malam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan