Hanya komitmen padu jamin legasi reformasi Pak Lah

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANALISIS: Sidang Dewan Rakyat tidak sepanas yang dijangkakan. Selepas dua bulan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembaharuan-pembaharuan yang mahu dilaksanakan sebelum meninggalkan Seri Perdana awal tahun depan, Dewan Rakyat meluluskan dua rang undang-undang penting secara berturut-turut.

Ia merupakan antara lima inisiatif penting yang ingin dibawa Abdullah sebelum berundur daripada tampuk kepimpinan Mac depan.

Sejak Isnin lalu, secara maraton, ahli-ahli Parlimen telah membahaskan rang undang-undang yang dapat menyokong usaha pembaharuan berkenaan.

Dua rang-undang penting berkenaan ialah Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008.

Rang Undang-undang SPRM diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dengan pindaan kecil pada Fasal 36(1)(b) bagi meminda perkataan Pendakwa Raya kepada Pegawai Pesuruhjaya.

Sementara itu, Rang Undang-undang Pelantikan Hakim diluluskan semalam tanpa sebarang pindaan.

Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno, parti komponen utamanya, telah menyifatkan perkembangan minggu ini sebagai satu kejayaan besar bagi kerajaan BN. Malah menurut beliau, kejayaan itu akan memberi keupayaan baru kepada kerajaan untuk menghapuskan rasuah dan meninggikan integriti serta keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman negara.

Usaha tersebut juga mendapat sokongan pembangkang yang telah lama menjadikan rasuah dan keyakinan publik terhadap sistem kehakiman sebagai modal politik.

Isu rasuah dan keyakinan terhadap sistem kehakiman telah menjadi perhatian banyak pihak sejak kebelakangan ini. Usaha terbaru ini dilihat akan menjadi titik tolak kepada langkah memulihkan situasi semasa.

Dalam reaksinya selepas ia diluluskan, jelas Abdullah, pelaksanaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merupakan hasratnya untuk menunaikan janji manifesto BN pada pilihan raya umum 2004.

Dewan Rakyat juga akan membahas Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008 yang bertujuan untuk mewujudkan satu program bagi perlindungan saksi. Juga bakal dibahaskan ialah Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008.

Ketika Abdullah mengumumkan inisiatif pembaharuan tersebut tampuk kepimpinannya berusia lima tahun. Abdullah mengambil alih kepimpinan kerajaan dan parti pada Oktober 2008.

Sepanjang lima tahun lalu Abdullah juga telah berusaha untuk membawa pembaharuan-pembaharuan lain termasuk dalam sektor ekonomi. Termasuk dalam senarai ialah pembangunan koridor ekonomi. Bagaimanapun pembangunan koridor ini berhadapan dengan kesan dan tempias krisis ekonomi.

Sama ada usaha yang hendak dibawa Abdullah akan menjadi efektif dan berkesan ia amat bergantung pada sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak secara langsung dan tidak langsung.

Penggubalan undang-undang satu aspek. Tetapi amalan dan penguatkuasaan menjadi satu aspek yang lebih penting. Justeru, ia memerlukan sokongan dan kerjasama setiap pihak, agensi dan pertubuhan yang terlibat.

Bagi Abdullah, penggubalan rang undang-undang berkenaan dan pembaharuan dibawa akan menjadi legasi kepimpinanan.

Kini kejayaan pembaharuan tertakluk kepada komitmen pelaksana. Rakyat juga perlu menyokong.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan