Dewan Rakyat lulus Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 diluluskan pada jam 8 malam tadi di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang yang telah dibahaskan selama dua hari itu melibatkan 24 ahli Parlimen iaitu sepuluh daripada Barisan Nasional (BN) dan 14 daripada pembangkang.

Penubuhan Suruhanjaya adalah cadangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin membuat perubahan terhadap sistem kehakiman negara ini sebelum beliau bersara Mac depan.

Terdahulu, ketika sesi penggulungan rang undang-undang tersebut selama kira-kira tiga jam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, rang undang-undang tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan seperti yang didakwa oleh sesetengah ahli Parlimen terutamanya daripada pembangkang.

Nazri berkata, rang undang-undang ini dibuat setelah mengambil kira Perkara 122B dan 166E Perlembagaan Persekutuan masing-masing berhubung peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim dan keanggotaan serta bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak serta pelantikan, pemecatan dan penggantungan hakim-hakim mahkamah itu.

"Rang undang-undang ini tidak mengadakan peruntukan mengenai pemilihan calon-calon untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk dilantik ke jawatan hakim-hakim mahkamah atasan dan ia tidak menyentuh prerogatif Perdana Menteri berhubung dengan pelantikan hakim-hakim.

"Justeru, ahli-ahli Dewan perlu memahami perbezaan antara proses pemilihan calon yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini dengan pelantikan hakim di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pelantikan Kehakiman 2008 di Dewan Rakyat di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, proses yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini adalah proses pelantikan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan dan tidak sekali-kali menyentuh atau menjejaskan proses pelantikan yang termaktub dalam perlembagaan iaitu pelantikan yang yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas membuat rundingan perundingan yang ditetapkan di bawah perkara itu.

Mengikut Perkara 122B (1), Perlembagaan PersekUtuan, pelantikan semua hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Perkara 122B (2) pula memperUntukkan sebelum Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan hakim-hakim selain Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara.

Selain itu, mengikut Perkara 122B (3), Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak masing-masing bagi pelantikan kedua-dua Hakim Besar tersebut.

Manakala mengikut Perkara 122B (4), Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan bagi pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan sementara bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak mengikut mana-mana yang berkenaan bagi pelantikan hakim Mahkamah Tinggi.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, Fasal 28 yang dikatakan bercanggah dengan Perkara 122 itu memperuntukkan mengenai pemberian nasihat oleh Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan mana-mana orang yang disyorkan oleh Suruhanjaya dan diterima oleh Perdana Menteri.

Katanya, rang undang-undang ini telah digubal dan dibentuk supaya ia tidak menyentuh sama sekali proses pelantikan dan kuasa prerogatif yang diperuntukkan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh sebab itu, rang undang-undang ini boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan pindaan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan tanpa peruntukannya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Berhubung dakwaan rang undang-undang ini juga bercanggah dengan Perkara 161E (2) (b), Nazri berkata, ia memperkatakan tentang pemilihan calon-calon untuk dikemukan kepada Perdana Menteri bagi jawatan hakim dan tidak sama sekali menyentuh apa yang terkandung dalam Perkara itu.

"Keprihatinan ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak tentang perlunya dikekalkan ruang untuk Ketua Menteri Sabah dan sarawak memang telah diambil kira oleh kerajaan.

"Ruang rundingan yang dimaksudkan itu tidak langsung terjejas oleh rang undang-undang ini kerana proses pemilihan yang diperuntukkan tidak melibatkan keperluan rundingan di bawah Perkara 161E (2) (b)," katanya.

Berhubung bantahan pelantikan empat orang terkemuka menjadi anggota suruhanjaya ini daripada kalangan anggota Majlis Peguam, Nazri berkata, Perdana Menteri tentunya akan mengambil kira isu konflik kepentingan seperti yang dibangkitkan oleh beberapa ahli Parlimen.

"Saya yakin bahawa Perdana Menteri tidak akan melantik mana-mana orang yang dianggap sebagai mempunyai konflik kepentingan supaya tidak menjejaskan matlamat memperbaiki proses pelantikan hakim," katanya.

Katanya, rang undang-undang ini tidak menggariskan kriteria dalam Perdana Menteri membuat pelantikan orang terkemuka di bawah Fasal 5 (1) (f).

"Apa maksud 'terkemuka' seharusnya diberi penafsiran yang lazim dan terpulanglah kepada Perdana Menteri menggunakan budi bicara beliau dalam mengukur ketokohan seseorang bagi maksud pelantikan di bawah peruntukan itu.

"Terdapat 'safeguard' dalam memastikan Perdana Menteri tidak terkeluar daripada matlamat pelantikan yang dibuat di bawah fasal itu di mana beliau dikehendaki berunding dengan Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang Sabah, Persatuan Undang-undang Sarawak dan lain-lain," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan