Dakwaan pembangkang kerajaan zalim ke atas nelayan keterlaluan

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyangkal tuduhan pembangkang bahawa kerajaan bersikap zalim dan menganiaya nelayan di negara ini dengan membiarkan hidup mereka melarat tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim Rohani berkata, usul tergempar yang dikemukakan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) mengenai isu mogok oleh nelayan dan tuduhan bahawa kerajaan bersikap zalim adalah keterlaluan tanpa mengambil kira fakta sebenar.

Rohani berkata, beliau kecewa dengan sikap wakil rakyat Chong yang membuat tuduhan tidak berasas dengan mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) bertindak zalim dan tidak mengambil berat terhadap kebajikan nelayan.

Sebaliknya beliau berkata, usul yang dibawa oleh Chong merupakan tindakan melulu pihak pembangkang tanpa mengambil kira fakta sebenar.

"Saya sekeras-kerasnya kecil hati bila Yang Berhormat kata kita (kerajaan) zalim dengan menyebutkan saya secara peribadi.

"Kalau tak tahu tanya dahulu... di Sebuyau saya berhak beritahu orang kawasan saya, jangan melulu ambil tindakan seperti yang diambil oleh pembangkang.

"Saya kata sebelum ini, banyak betul yang dibantu oleh kerajaan, jadi mengapa perlu mogok? Salahkah saya beritahu kepada pengundi saya," katanya ketika menggulung perbahasan usul mengenai bantahan nelayan terhadap harga diesel.

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) yang difailkan pada Selasa lalu itu dibahaskan selama sejam bermula kira-kira pukul 4.30 petang tadi setelah dibenarkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Malah Rohani turut menggesa Chong supaya menarik balik tuduhan yang dilemparkannya itu kerana kerajaan BN sentiasa mengambil berat segala permasalahan rakyat terutamanya golongan nelayan.

"Kita panggil nelayan berdialog tiap-tiap hari di seluruh negara... saya minta tarik balik.

"Menteri, sekarang ini ada di Pahang kerana bagi beliau adalah lebih penting untuk jumpa nelayan, kita jumpa nelayan bukan macam pembangkang yang nak cari publisiti murahan," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, usul berkenaan adalah tidak relevan untuk dibahaskan.

"Saya tak tahu apa relevannya usul ini dibawa kerana selama ini kerajaan banyak memberikan bantuan kepada nalayan.

"Mereka sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh kerajaan selama ini," katanya.

Malah katanya pihak pembangkang sengaja menjadi 'batu api' dan menggunakan nelayan untuk membantu mereka meraih kepentingan politik.

"Mereka tak perlu mengharapkan nelayan untuk membantu mereka, pembangkang tidak boleh buat apa-apa, hanya kerajaan yang boleh membantu mereka," katanya.

BERITA TERDAHULU

Dewan Rakyat bahas usul bantahan nelayan terhadap harga diesel

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini membahaskan usul yang dibawa Chong Chen Jien (DAP-Bandar Baru) berhubung bantahan nelayan terhadap harga diesel.

Usul tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi selama satu jam.

Kelulusan untuk membahaskan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada pukul 10 pagi tadi sebelum sesi perbahasan Dewan Rakyat bermula.

"Setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan Yang Berhormat Bandar Kuching, saya dapati usul ini memenuhi tiga syarat untuk menangguhkan mesyuarat ini iaitu ia adalah perkara tertentu, melibatkan kepentingan orang ramai dan ia perlu disegerakan," katanya.

Selasa lalu, Chong telah memfailkan usul tersebut di pejabat Yang Dipertua kira-kira pukul 10.25 pagi.

Chong berkata, usul tersebut penting untuk dibincangkan kerana polisi kerajaan dikatakan tidak mengambil berat kebajikan nelayan secara serius.

"Sejak Jun lalu, harga diesel yang dibekalkan kepada para nelayan meningkat daripada RM1 kepada RM1.43 seliter.

"Walapun kerajaan mengatakan harga itu akan diturunkan kepada RM1.30 seliter, itu tidak memadai," katanya.

Lebih 45,000 nelayan daripada tujuh negeri mengadakan mogok sejak Jumaat lalu dalam usaha menggesa kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM1 seliter.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan