Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008 dibentang

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008 bagi mewujudkan satu program perlindungan saksi dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendefinasikan saksi sebagai seseorang yang telah memberikan atau telah bersetuju untuk memberikan keterangan bagi pihak kerajaan dalam sesuatu prosiding jenayah atau berhubung dengan pelakuan atau kemungkinan pelakuan sesuatu kesalahan.

Selain itu, seseorang itu tertakluk di bawah program ini apabila telah memberikan apa-apa maklumat, penyataan atau bantuan kepada seseorang pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa awam berhubung dengan sesuatu kesalahan, mengkehendaki perlindungan atau bantuan di bawah program atau seseorang yang berkaitan dengan saksi itu.

Program Perlindungan Saksi ini disenggarakan oleh seorang Ketua Pengarah yang boleh dilantik oleh Menteri daripada kalangan anggota perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi mengesyorkan saksi yang boleh diberikan di bawah program dan boleh mengaturkan atau memberikan perlindungan dan bantuan lain kepada seseorang saksi atau perserta di bawah Program tersebut.

Selain itu, mana-mana saksi boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk dimasukkan ke dalam Program dan sesuatu agensi penguatkuasaan dengan keizinan bertulis saksi boleh memohon kepada Ketua Pengarah supaya saksi dimasukkan ke dalam Program.

Di bawah Fasal 6, saksi yang telah berdaftar di bawah Program ini wajib memberikan apa-apa pernyataan , rekod, dokumen lain atau bentuk bantuan lain yang boleh membantu Ketua Pengarah apabila diminta dan jika ingkar, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan.

Di bawah Fasal 10 menyatakan, tiap-tiap syor oleh Ketua Pengarah itu hendaklah dibuat kepada Peguam Negara untuk diputuskan dan jika seseorang itu tidak berpuas hati dengan keputusan Peguam Negara, beliau boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu.

Di bawah Program ini, Daftar Peserta dan dokumen berkaitan tidak boleh diakses oleh sesiapa pun kecuali oleh Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah mana-mana yang orang yang dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah.

Fasal 13 rang undang-undang ini menyatakan, jika seseorang itu telah dimasukkan ke dalam Program, Ketua Pengarah perlu melindungi keselamatan dan kebajikan saksi itu termasuk menyediakan tempat tinggal, menempatkan semula, memohon dokumen untuk mewujudkan identiti baru dengan keizinan bertulis saksi dan kemudahan pengankutan.

Selain itu, peserta juga akan menerima pembayaran yang sama dengan nilai saraan yang diterimanya sebelum mengikuti Program termasuk kenaikan kepada saraan yang sepatutnya diterima jika tidak dimasukkan ke dalam Program.

Sementara itu, jika peserta itu tidak bekerja sebelum menyertai Program, beliau layak menerima perbelanjaan sara hidup termasuk sara hidup keluarga secara langung atau tidak langsung.

Peserta juga layak menerima pembayaran bagi kos penempatan semula, bantuan mendapat pekerjaan dan akses mendapat pendidikan, bantuan saraan diri dan apa-apa yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan