Kawasan larangan lokasi tanah runtuh Bukit Antarabangsa dipagar

Diterbitkan: Sabtu, 13 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan larangan tragedi Bukit Antarabangsa yang diwartakan semalam akan dipagar dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Pegawai Daerah Gombak, Huzaini Samsi berkata, sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan kerana ia tidak selamat buat masa ini.

"Kawasan yang dipagar ini akan diletakkan papan tanda dan sesiapa pun tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut," kata beliau pada sidang media selepas melawat tapak runtuhan di Bukit Antarangasa di sini hari ini.

Beliau juga menyeru penduduk agar memahami situasi tersebut kerana kawasan larangan itu tidak selamat untuk dimasuki sama sekali.

"Saya terima banyak aduan dan permintaan daripada orang ramai untuk memasuki kawasan berkenaan untuk mengambil kereta dan sebagainya. Namun kita perlu bertegas kerana kawasan tidak selamat ketika ini," katanya.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata tapak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, ditutup serta-merta selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan amaran bahawa kawasan itu tidak lagi selamat dan amat berbahaya.

Penghuni lima kawasan penempatan iaitu Taman Bukit Mewah, Jalan 9 dan 11 Taman Wangsa Ukay, Jalan 6 Taman Bukit Jaya dan Kondominium Impian Selatan yang diminta mengosongkan rumah mereka, masih boleh mengambil barangan mereka dengan menggunakan pas sementara.

Sementara itu Huzaini berkata, jalan alternatif yang dibina dikawasan tersebut akan ditutup sementara waktu bermula 12 tengah malam ini sehingga 6 pagi esok.

"Kita menyeru penduduk memahami keadaan ini. Kita bukan suka-suka hendak tutup jalan ini," katanya.

Jelas beliau, penutupan jalan itu dibuat bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan serta proses penurapan jalan alternatif itu dijalankan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan