S.I.Rajah persoal cara dipecat dan terus gesa Kayveas letak jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: S. I. Rajah yang dipecat sebagai Penasihat Parti Progresif Penduduk (PPP) semalam, mempersoalkan cara pemecatannya sambil mengulangi gesaannya supaya Presiden parti itu, Datuk M. Kayveas meletakkan jawatan.

Beliau yang juga bekas Presiden parti itu berkata, Lembaga Disiplin PPP seharusnya mengeluarkan surat tunjuk sebelum mengambil tindakan memecat daripada parti.

"Ini adalah kerana ia keadilan, satu pihak lagi perlu didengar dan perkara ini tidak dilakukan oleh parti maka pemecatan saya dianggap sebagai tidak sah kerana ia tidak mengikut perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan yang difakskan kepada mStar Online di sini hari ini.

Bekas senator itu turut menyifatkan pemecatannya merupakan modus operandi Kayveas yang akan memecat sesiapa sahaja yang menentangnya.

"Beliau (Kayveas) ingin menjadi ketua yang mengawal semua perkara hingga ramai pemegang jawatan dalam parti telah meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan sikap sombong dan angkuhnya sejak beliau (Kayveas) menjadi Presiden PPP sejak 10 Oktober 1993," ujarnya.

Tegasnya, kata dua yang diberikan Kayveas berhubung syor meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kenyataan balas Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Abdullah Badawi telah membuatkan beliau meminta Kayveas meletakkan jawatan sebagai presiden parti berkuat kuasa serta-merta.

Semalam, Naib Presiden PPP, Datuk Maglin D. Cruz berkata, beliau dipecat kerana meminta Kayveas meletakkan jawatan semalam.

PPP yang mengadakan mesyurat tergempar semalam turut memutuskan untuk terus kekal dalam BN buat masa sekarang dengan syarat tuntutan meminda ISA dipenuhi.

Menurut Naib Presiden Kanan parti itu, Datuk Lee Heng, jika tiada perubahan dilakukan oleh BN berhubung tuntutan meminda ISA menjelang pilihan raya umum akan datang, "barulah parti akan membuat keputusan meninggalkan BN."

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan