PPP mahu kekal di BN, tapi syaratnya...

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI, 6.30 petang] KUALA LUMPUR Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini memutuskan untuk mahu terus kekal dalam Barisan Nasional (BN) buat masa sekarang dengan syarat tuntutan meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda.

"Pada ketika ini kita mengambil keputusan untuk kekal dalam BN.

"Kami mahukan ISA disemak semula," kata Naib Presiden kanan PPP, Datuk Lee Heng pada sidang media di sini.

Ia diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi PPP di sini sebentar tadi.

Mesyuarat itu tidak dihadiri oleh Presidennya, Datuk M. Kayveas yang kini berada di luar negara.

Tegas beliau, jika tiada perubahan dilakukan oleh BN berhubung tuntutan meminda ISA menjelang pilihan raya umum akan datang, "barulah parti akan membuat keputusan meninggalkan BN."

"Pendirian kami terang dan nyata. Kami menggesa Perdana Menteri untuk meminda ISA kerana ia merupakan sentimen dan hasrat rakyat. Jika tidak, tiada gunanya kami berada dalam BN. Kami akan membuat keputusan seterusnya bila tiba masanya," katanya.

Lee turut menjelaskan, isu meminda ISA itu telah dibangkitkan oleh sayap Wanita dan Pemuda parti itu pada kongres tahunan mereka baru-baru ini.

Jelasnya, kedua-dua sayap berkenaan mahu ISA dimansuhkan dan Kayveas yang merasmikan perhimpunan berkenaan telah berjanji untuk menggesa kerajaan untuk meminda akta berkenaan dan jika kerajaan BN masih enggan berbuat demikian menjelang pilihan raya umum ke-13, barulah parti itu akan keluar daripada gagasan BN.

Menurut beliau, Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat baru-baru ini tidak membincangkan soal ISA.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan terpulang kepada PPP untuk meninggalkan BN, Lee Heng berkata, beliau hanya memberikan komen sedemikian ketika menjawab pertanyaan media.

Malah mesyuarat itu juga memutuskan untuk memecat Penasihat parti itu, S.I. Rajah yang juag bekas Presiden PPP.

Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Maglin D. Cruz berkata, beliau dipecat kerana meminta Kayveas meletakkan jawatan semalam.

Menurutnya, perkara yang dibangkitkan oleh bekas presiden parti itu adalah sesuatu yang serius dan beliau tidak boleh membuat sebarang rayuan mengenainya. Jelas beliau, Rajah pernah dipecat keranasebelum ini dan permohonannya telah diluluskan apabila Kayveas menerimanya kembali.

Beliau berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Lembaga Disiplin yang diadakan pada sebelah pagi dan keputusan tersebut telah dipersetujui oleh semua anggota Majlis Tertinggi parti itu.

Maglin yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu berkata: "Lembaga Disiplin telah membuat keputusan memecat dia (Rajah) sebagai ahli kerana menyuruh Presiden parti meletakkan jawatan."

Semalam, Rajah berkata, Kayveas mempunyai dua pilihan yang boleh diambil oleh beliau ekoran kenyataan Perdana Menteri Selasa lalu bahawa parti berkenaan bebas menentukan sama ada mahu kekal dalam BN ataupun sebaliknya.

"Pertama beliau (Kayveas) boleh meletakkan jawatan sebagai Presiden parti atau membawa parti itu keluar BN," kata Rajah.

Bagaimanapun beberapa jam selepas Rajah mengeluarkan kenyataan itu, membidas bekas Presiden tersebut tiada hak untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Katanya, Rajah bukan lagi anggota PPP.

Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan itu ekoran pendirian Kayveas bahawa PPP akan keluar BN jika ISA tidak dipinda sebelum pilihan raya umum ke-13.

BERITA TERDAHULU

PPP adakan mesyuarat tergempar bincang kedudukan dlm BN

PETALING JAYA: Kemelut Parti Progresif Penduduk (PPP) yang bergolak sejak kelmarin dijadual berakhir apabila parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama anggota Majlis Tertinggi parti itu petang ini.

Mesyuarat tergempar itu dijadualkan berlangsung pada jam dua petang manakala sidang media akan diadakan pada jam 3 petang ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden Kanan parti itu, Datuk Lee Heng sebentar tadi.

“Ya, petang ini kami akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama anggota Majlis Tertinggi untuk membincangkan mengenai kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN),” katanya kepada mStar Online hari ini.

Semua anggota Majlis Tertinggi parti itu dijadualkan akan hadir pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tergempar pada petang ini akan turut dipengerusikan oleh Lee Heng sendiri.

Beliau juga mengesahkan bahawa Presiden parti, Datuk M.Kayveas tidak akan hadir.

Difahamkan, pada ketika ini Kayveas berada di luar negara atas urusan kerja dan beliau dijadualkan pulang ke tanah air pada 24 Disember ini.

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan parti itu bebas untuk keluar daripada gagasan Barisan Nasional jika ingin berbuat demikian.

"Jika itu pilihan mereka, apa yang kami boleh buat?" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Tegas Abdullah, kerajaan tiada perancangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Baru-baru ini, PPP telah mendesak supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 ataupun parti itu akan keluar daripada BN.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan