PAC syor akta khas kawal pembangunan lereng bukit

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGERUSI Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Seri Azmi Khalid (dua, kiri) ketika meninjau kawasan berlakunya tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang di sini, hari ini. Mengiringi beliau, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (dua, kanan) dan Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Sadique. - fotoBERNAMA
PENGERUSI Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Seri Azmi Khalid (dua, kiri) ketika meninjau kawasan berlakunya tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang di sini, hari ini. Mengiringi beliau, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (dua, kanan) dan Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Sadique. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan agar satu akta berkaitan cerun perlu diwujudkan bagi pembangunaan di kawasan lereng bukit.

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khaldi berkata kementerian berkaitan perlu memberi perhatian serius mengenai perkara ini kerana Malaysia tidak mempunyai akta khusus mengenainya.

"Perbezaan iklim akan menjadi satu cabaran kerana negara kita menerima hujan yang lebat.

"Jadi kita tidak boleh pakai standard dari negara luar yang kurang hujan..Jadi kita perlu ada standard sendiri," katanya dalam sidang media selepas melawat kawasan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, akta tersebut perlu diguna pakai di seluruh negara terutamanya bagi kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi.

"Prosesnya ialah buat perundangan diperingkat pusat dan kemudiannya ia perlu diwartakan diperingkat negeri ,"katanya.

Menurut Khalid, kelemahan paling ketara dalam Garis Panduan Kesan Alam Sekitar(EIA)sedia ada ialah ia hanya digunakan pada pembinaan di kawasan melebihi 50 ekar.

"Ini satu kelemahan yang ketara, kita mahu apa jua pembangunan lereng bukit wajar dan perlu diadakan kajian EIA,"ujarnya.

Jelasnya, kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa mengenainya kerana perkara berkaitan tanah dan pembangunan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau turut mengingatkan kepada pemaju agar lebih bertanggungjawab dan tidak terlalu memikirkan soal keuntungan smeata-mata dengan mebinna sebanyak mungkin pembangunan di kawasan tanah tinggi tanpa mengendahkan soal keselamatan.

Tambahnya, penyelenggaran di kawasan lereng bukit perlu dipertingatkan dan diberi perhatian.

"Di Hong Kong mereka ada 'hill side order' yang memerlukan penyelenggaraan diberi perhatian tegas," katanya.

Azmi turut mencadangkan supaya pemilik rumah di kawasan lereng bukit mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membuat pemeriksaan setiap 6 bulan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.

"Anda tinggal di lereng bukit, ia bukan murah dan sangat mahal.. Jika tidak ada wang yang cukup untuk bina dan selenggara di tempat lereng bukit, lebih baik jangan,"ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan