Kayveas, letak jawatan atau keluar BN - Nasihat bekas Presiden

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat Parti Progresif Penduduk (PPP), S.I. Rajah berkata, Presiden parti itu, Datuk M. Kayveas mempunyai dua pilihan yang boleh diambil oleh beliau ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin.

"Pertama beliau (Kayveas) boleh meletakkan jawatan sebagai Presiden parti atau membawa parti itu keluar BN," kata beliau dalam kenyataan kepada mStar Online hari ini.

Bagaimanapun beberapa jam selepas Rajah mengeluarkan kenyataan itu, Naib Presiden PPP, Datuk Maglin D. Cruz membidas bekas Presiden tersebut tiada hak untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Katanya, Rajah bukan lagi anggota PPP.

"Siapa beliau untuk meminta Presiden PPP (Kayveas) meletakkan jawatan," kata beliau kepada The Star katanya.

Rajah yang juga bekas presiden parti secara peribadi berpendapat selaku Presiden parti, Kayveas sepatutnya mendapatkan konsensus dan sokongan dengan mengadakan referendum di kalangan ahli peringkat akar umbi, tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Tambah Rajah, sebagai Penasihat parti itu beliau telah bertemu dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Setiausaha Agung BN pagi tadi di Parlimen.

Dalam perbincangan tersebut, beliau telah memberi jaminan PPP tidak akan meninggalkan BN.

Semalam, Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, PPP bebas membuat pilihan untuk keluar BN.

"Jika itu pilihan mereka, apa yang kami boleh buat?" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Tegas Abdullah, kerajaan tiada perancangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kayveas tidak hadir pada mesyuarat semalam dan hanya menghantar wakil.

PPP telah mendesak supaya ISA dipinda sebelum pilihan raya umum ke-13 ataupun parti itu akan keluar BN.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau secara peribadi menyokong penuh tindakan Pengerusi BN semalam.

"Mana boleh asyik mendesak BN hapuskan ISA, bukan di Malaysia sahaja, di Amerika dan Singapura pun ada ISA," katanya kepada mStar Online semalam.

Jelas beliau, ISA digubal kerana ingin melindungi negara daripada ancaman musuh dan ia tidak boleh dihapuskan secara sesuka hati.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan